Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tiada Persefahaman, Curang Antara Punca Penceraian Di Malaysia – LPPKN

Tiada persefahaman, pasangan curang dan campur tangan mentua antara punca utama berlaku penceraian dalam kalangan pasangan berusia antara 35 hingga 39 tahun di Malaysia.

Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan pihaknya setakat ini, sebanyak 56.2 peratus lelaki menyatakan mereka bercerai kerana tiada persefahaman dengan pasangannya, diikuti pasangan curang (11.8 peratus) dan campur tangan mentua atau ipar-duai (10 peratus).

Punca penceraian di Malaysia

Artikel lain: Bilangan Perkahwinan Menurun, Penceraian Pula Meningkat Di Malaysia

“Bagi dapatan daripada wanita pula, tiada persefahaman turut mencatatkan peratusan yang tertinggi punca mereka bercerai dengan pasangan iaitu 38 peratus, diikuti pasangan curang (20.5 peratus) dan pasangan tidak bertanggungjawab (15.2 peratus)
“Selain itu, campur tangan mentua mencatatkan 6 peratus, enggan dimadukan (2.8 peratus), masalah kewangan (4.7 peratus) dan lain-lain punca seperti didera, tiada zuriat serta terlibat kes jenayah (10.4 peratus),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini, yang dirasmikan Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, Rohani berkata rata-rata pasangan yang menghadapi konflik rumah tangga ini terdiri daripada golongan muda selepas tempoh perkahwinan antara lima hingga 10 tahun.

“Pastinya pihak kami akan bantu dan beri kaunseling terlebih dahulu dengan menasihati pasangan ini mengikut kesesuaian masalah yang dihadapi mereka.
“Hasrat kita sememangnya untuk pastikan pasangan masing-masing mengembalikan semula kasih sayang bagi mengelak mereka memilih jalan terakhir iaitu bercerai atau berpisah,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki yang muncul dalam video promosi restoran Rembayung milik Khairul Aming menjadi perhatian apabila didakwa netizen sebagai anak buah kepada pempengaruh media...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Sosial

Usahawan dan personaliti YouTube terkenal, Uncle Roger berkongsi pendapat peribadi dengan menggambarkan perasaan teruja untuk mencuba makanan di sebuah restoran baharu, tetapi berakhir dengan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd