Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiada Lagi Harga Siling, Subsidi Ayam Dan Telur Dihapuskan Bermula 1 Julai

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu memaklumkan subsidi untuk ayam dan telur akan dihapuskan bermula 1 Julai depan.

Menerusi laporan Free Malaysia Today, harga untuk dua keperluan asas itu di pasaran akan diapungkan dan bakal dikawal oleh  kementerian perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup.

“Bagi memastikan bekalan ayam dan telur di pasaran stabil selepas subsidi tamat, kementerian akan melaksanakan beberapa mekanisme pendaratan lembut,” katanya.

Bukan itu sahaja, kerajaan akan menarik balik  larangan mengeksport anak ayam berumur sehari, keseluruhan dan bahagian ayam mulai 1 Julai bahkan, membenarkan import telur dan ayam dari negara sumber yang diiktiraf seperti Thailand, China, Brazil dan Denmark, manakala telur hanya akan diimport dari Thailand dan Ukraine.

Pada Februari lalu Sabu telah merancang untuk mengapungkan harga ayam dan telur selepas 30 Jun. Tambahnya, pemberian subsidi tersebut sehingga Jun telah menyebabkan kerajaan menanggung sejumlah kos yang besar iaitu berjumlah RM1.28 bilion.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siling harga runcit semasa bagi seekor ayam standard di semenanjung ialah RM9.40 sekilogram manakala harga bagi telur Gred A (45 sen sebiji), Gred B (43 sen sebiji) dan Gred C (41 sen sebiji).

Pun begitu, bagi Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan harga untuk kedua-dua barang itu berbeza mengikut daerah dan zon masing-masing.

Sejak enam tahun lalu, makanan yang diimport ke Malaysia bernilai RM347.4 bilion dimana RM75.5 bilion rekod yang dicatatkan untuk tahun lepas.

China merupakan sumber utama import makanan, dengan nilai import RM41.3 bilion dalam tempoh enam tahun itu dengan  diikuti oleh Argentina (RM32 bilion), Thailand (RM29.5 bilion), India (RM26.6 bilion) dan Australia (RM22.5 bilion).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Free Malaysia Today 

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial wajah Edward Wong, pelajar cemerlang STPM, yang sebelum ini menarik perhatian netizen selepas meluahkan kekecewaan kerana gagal mendapatkan kursus perakaunan...

Lokal

Hasrat seorang lelaki mengekori ambulans yang membawa neneknya ke hospital bertukar tragedi apabila kereta Perodua Bezza dipandunya melanggar lampu isyarat merah sebelum terbabit dalam...

Sosial

Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang remaja perempuan memanggil rakan sejenisnya dengan gelaran mesra seperti “sayang” dan “isteri”. Tular panggil rakan...

Sosial

Rakaman aktiviti membeli-belah di Mydin oleh pengguna TikTok @lifewith5rose menjadi tular selepas aksi suami kepada wanita itu menarik perhatian ramai. Dalam video berkenaan, si...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd