Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kejadian Babit Pengarah Ejen Ali Tiada Kaitan Dengan Pergaduhan, Disyaki Alami ‘Sakit Misteri’

Polis mengesahkan insiden kematian pengarah animasi popular Ejen Ali yang ditemukan lemas selepas terjun ke sungai di Kampung Batu Puteh, Kinabatangan, tidak mempunyai kaitan dengan sebarang pergaduhan.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan D Ravi, menjelaskan mangsa dipercayai tiba-tiba keluar dari kereta sebelum kali terakhir dilihat berada di jambatan sungai Kampung Batu Puteh.

Tiada kaitan dengan pergaduhan

Tiada kaitan dengan pergaduhan

“Tidak (ada insiden) gaduh (dengan isteri).
“Tiba-tiba sampai jambatan, mangsa arahkan isteri memberhentikan kereta dan lari keluar (sebelum kali terakhir dilihat di jambatan sungai),” katanya.

Mangsa dikenali sebagai Andi Abdul Ghani Kadir, 42, disyaki mengalami ‘sakit misteri’ sebelum dilaporkan hilang selepas terjatuh ke sungai dalam kejadian pada petang Selasa lalu.

Artikel lain: Baru Seminggu Berkahwin, Pengarah Animasi Ejen Ali Ditemui Meninggal Dunia Tepi Sungai

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tiada kaitan dengan pergaduhan

Semalam, Andi ditemui meninggal dunia di tepi sungai Kampung Batu Putih, Kinabatangan, Sabah.

Difahamkan, Andi dilaporkan hilang sejak petang Selasa selepas terjun dari jambatan di kawasan berkenaan.

Sebelum kejadian, mangsa dan isterinya dilaporkan terbabit dalam sebuah kemalangan ketika dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Kota Kinabalu.

Sumber: Harian Metro (Poliana Ronnie Sidom)

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Satu lagi insiden membabitkan sebuah treler yang bergesel dengan kenderaan berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh, Alor Gajah, Melaka, semalam,...

Dunia

Indonesia kini diiktiraf sebagai antara negara paling selamat di dunia, menurut The Global Safety Report 2025 oleh Gallup. Indonesia negara paling selamat untuk jalan...

Sosial

Ada pertemuan yang sepatutnya menjadi pintu kepada restu, namun ada juga yang berubah menjadi ujian paling getir. Niat yang dibawa dengan penuh sopan akhirnya...

Lokal

Pempengaruh, Muhammad Mikhael Sathayah atau lebih dikenali sebagai Muka Gangster, kembali mencuri perhatian selepas memuat naik video penuh emosi memperlihatkan ibunya, M Muniamah, 75,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd