Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

The Blues Bayar Wang Pampasan RM59.9 juta, Enzo Maresca Bakal Pengurus Baharu Chelsea

Enzo Maresca bakal menjadi pengurus baharu bagi salah satu kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea sekali gus meninggalkan pasukan lamanya, Leicester City dengan menerima bayaran wang pampasan daripada The Blues sebanyak RM 59.9 juta.

Menerusi laporan Malaysia Gazette seperti dipetik daripada portal Daily Express, Maresca dilaporkan telah bersetuju dengan perjanjian tersebut dan bakal menandatangani kontrak selama lima tahun terlebih dahulu sebelum turun melatih skuad baharunya itu.

Foto: Sky Sports

Difahamkan, pengurus berusia 44 tahun yang telah memenangi 31 daripada 46 kejuaraan dalam Liga Kejuaraan (EFL) bersama The Foxes itu akhirnya bakal kembali ke EPL selepas setahun beraksi di liga sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain mengendalikan Leicester, Maresca juga pernah bekerja sebagai pembantu Pep Guardiola di Manchester City serta berjaya mengendalikan Sky Blues sehingga meraih tiga kali ganda kejuaraan bersejarah.

Foto: DGTcom

Hasil persetujuan bersama, pengendali bola sepak dari Itali  ini akan menggantikan tempat Mauricio Pochettino yang telah meninggalkan kelab tersebut pada minggu lalu.

Meskipun pengendali seperti Kieran McKenna, Roberto De Zerbi dan Thomas Frank menjadi pertimbangan awal The Blues untuk mengisi kekosongan berkenaan, namun kejayaan Maresca mengendalikan Leicester City telah membuatkan dia menjadi pilihan utama sepanjang hujung minggu lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysia Gazette, Daily Express

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd