Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Rundingan Damai: Thailand, Kemboja Pilih Malaysia Atas Keyakinan Kestabilan Politik, Kemajuan Ekonomi

Malaysia dipilih sebagai lokasi rundingan daman antara Thailand dan Kemboja berikutan keyakinan kedua-dua negara terhadap kestabilan politik serta kemajuan ekonomi negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan Berita Harian, beliau berkata sebagai negara sahabat, Malaysia berbangga dapat memainkan peranan penting dalam menyelesaikan konflik dua negara Asia Tenggara itu demi memastikan keamanan dan kestabilan rantau terus terpelihara.

malaysia

Foto: BH

“Kita berbangga kerana buat pertama kali, Kuala Lumpur menjadi lokasi penyelesaian peperangan antara dua negara. Bayangkan, kedua-duanya setuju berdamai di sini,” katanya pada Ahad.

Anwar memaklumkan Menteri Pertahanan Kemboja, Jeneral Tea Seiha dan Pemangku Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Natthaphon Narkphanit dijadual tiba di Kuala Lumpur esok bagi mengadakan rundingan terperinci berhubung konflik berkenaan.

Artikel lain: Rundingan Damai Thailand-Kemboja: AS Puji Peranan PM Anwar

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; serta timbalannya, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 28 Julai lalu, Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat berkuat kuasa serta-merta hasil mesyuarat khas di Putrajaya yang dipengerusikan Anwar.

Dalam mesyuarat itu, Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai turut mencapai persetujuan untuk mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata.

malaysia

Foto: FB Anwar Ibrahim

Kejayaan ini, kata Anwar turut mengangkat nama Malaysia di mata dunia sehingga mendapat perhatian pemimpin global, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang menghubunginya bagi menyampaikan penghargaan.

Selain itu, usaha Malaysia juga diiktiraf oleh pemimpin negara lain termasuk Jerman, Perancis serta beberapa negara Asia.

“Pelbagai pihak saya hubungi  Presiden Trump, Presiden China Xi Jinping  dan akhirnya kedua-dua negara setuju berunding. Bayangkan kepercayaan yang mereka letakkan pada kita,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Lokal

Kemarau berpanjangan serta cuaca panas melampau bukan sahaja menjejaskan sumber bekalan air, malah turut memberi impak langsung terhadap pengeluaran padi yang dijangka menyusut sehingga...

Lokal

Fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara dijangka berterusan sehingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera yang lebih kering serta...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd