Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Ternakan Haiwan Dalam Negara Bebas Penyakit Nipah

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memaklumkan bahawa ternakan di dalam negara bebas dari penyakit Nipah.

Menerusi satu kenyataan, berdasarkan hasil survelan tahunan sehingga Ogos 2023 yang dijalankan oleh DVS ke atas 399 sampel babi komersial mendapati keputusan ujian bagi penyakit itu adalah negatif.

Penyakit disebabkan virus Nipah itu boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit, udara yang dicemari dengan titisan pernafasan, rembesan dari hidung dan mulut, atau tisu dari haiwan yang terjangkit.

https://www.facebook.com/veterinarmalaysia/posts/pfbid02zTt4vdhtEjx4np2iqbF1fYnkH9rN2P7UWu1ACbGAHHvPdzs7kqsWoySqVsjgsi7il

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, penyakit Nipah dikesan buat pertama kali pada tahun 1998 yang melibatkan ladang babi di Perak yang kemudian merebak ke Negeri Sembilan.

Penyakit ini telah menyebabkan kerugian besar kepada penternak babi dan ekonomi negara serta telah meragut 105 nyawa manusia.

Pembasmian besar-besaran penyakit ini telah dijalankan dan pelbagai jabatan/agensi telah terlibat dalam usaha tersebut. Pada awal 2001, Malaysia diisytiharkan bebas penyakit Nipah oleh World Organisation for Animal Health (OIE).

Penyakit Nipah juga telah disenaraikan dalam Penyakit Wajib Lapor yang diwartakan di bawah Akta Binatang 1953 perkara 31 (1) oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi memastikan industri ternakan babi di Malaysia bebas dari sebarang penyakit, DVS akan terus menjalankan survelan dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga agar penyakit yang boleh berjangkit kepada manusia (zoonatik) dapat dicegah.

DVS juga menasihatkan penternak babi untuk tidak menanam pokok buah-buahan di dalam dan sekitar kawasan ladang bagi mengelakkan haiwan terutama keluang (famili spesis kelawar) atas sebab haiwan tersebut boleh menjadi perumah semula jadi virus Nipah.

Orang awam juga dinasihatkan untuk melaporkan sebarang kejadian penyakit berjangkit dalam ternakan seperti babi, kuda, atau haiwan kesayangan kepada DVS untuk tindakan selanjutnya.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa juga memaklumkan tiada kes baharu penyakit Nipah dalam kalangan manusia di negara ini sejak kes terakhir penyakit tersebut dikesan pada 27 Mei 1999.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Sosial

“Terlalu cepat kau tinggalkan aku dan anak-anak… dalam bulan kelahiranku kau pergi.” Itu antara luahan penuh emosi seorang isteri, Sulizah John susulan pemergian suaminya...

Sukan

Tang Jie- Ee Wei akui kesilapan sendiri punca mereka tersungkur di tangan pihak lawan. Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei,...

Lokal

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengesahkan penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang didakwa memijak al-Quran dan menghina Rasulullah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd