Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terletak Di Luar 3 Batu Nautika, Kelantan & Terengganu Tak Layak Terima Hasil Petroleum

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memberitahu Kelantan dan Terengganu tidak layak menerima hasil petroleum sebanyak lima peratus.

Hal ini kerana kedudukan medan pengeluaran adalah terletak di luar 3 batu nautika dari garis air surut wilayah kedua-dua negeri di Pantai Timur itu.

Jelasnya lagi, ini kerana Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) menetapkan setiap negeri mempunyai hak ke atas laut wilayah di pesisir yang berdampingan dengan pantai wilayahnya yang tdak melebihi 3 batu nautika dari garis air surut.

“Oleh yang demikian, Perjanjian Pembayaran Wang Tunai (Cash Payment Agreement) yang ditandatangani antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu memperuntukkan Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu boleh diberi pembayaran tunai sebanyak 5 peratus untuk petroleum yang didapati dan diperoleh (won and saved) di Kelantan dan Terengganu dalam jarak 3 batu nautika dari garis air surut.
“Namun, Petronas tidak pernah menyalurkan hasil petroleum secara langsung kepada negeri Kelantan dan Terengganu selama ini kerana kedudukan medan pengeluaran adalah terletak di luar 3 batu nautika dari garis air surut wilayah negeri Kelantan dan Terengganu,” katanya menjawab soalan bertulis dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanya sama ada kerajaan bercadang untuk menyalurkan hasil petroleum secara terus kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu seperti yang dilaksanakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jawab Azalina, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan telah menyalurkan wang ehsan kepada negeri-negeri terdekat dengan kawasan pengeluaran termasuk negeri Kelantan dan Terengganu bagi melaksanakan projek dan program untuk manfaat rakyat di negeri berkenaan.

Terdahulu, Kerajaan Pusat dilaporkan telah menyalurkan hasil petroleum sebanyak RM400 juta kepada Kelantan bagi tempoh dua tahun membabitkan pembayaran hasil petroleum pada 2020 dan 2021.

Sumber: Sinar Harian (Norhidayah Hairom)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul mengajak semua pihak untuk ‘move on’ susulan video permohonan maaf Dr. Malar Santhi Santherasegapan berhubung kontroversi kenyataan melibatkan isu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd