Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Terjejas Akibat Boikot, McDonal’s Beli Semula 225 Restoran Di Israel

Perbadanan McDonald’s mengumumkan akan membeli semula 225 restoran McDonald’s di Israel daripada Alonyal selepas perniagaan francais tersebut terjejas akibat gesaan boikot berpunca perang antara Isr**l-Hamas di Gaza pada Khamis.

Menerusi satu laporan CNN, Ketua Pegawai Eksekutif McDonal’s Chris Kempczinski berkata, ia telah mencapai persetujuan dengan francais Israel Alonyal untuk membeli restoran francais McDonald’s (MCD) firma itu di negara ini.

Foto: FB

“Kekalkan komited terhadap pasaran Israel serta memastikan pengalaman pekerja dan pelanggan yang positif dalam pasaran pada masa hadapan.” katanya.

Dia juga berkata, perang di Gaza yang bermula pada Oktober tahun lepas telah mempengaruhi pendapatan syarikat kerana menjadi sasaran boikot selepas restoran-restoran francais di Israel menawarkan beribu-ribu hidangan percuma kepada askar Israel.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami maklum bahawa keluarga-keluarga dan komuniti mereka di rantau berkenaan terus terjejas akibat perang dan kami bersimpati dengan nasib mereka pada masa ini,” ujarnya.

Kempczinski turut berkata boikot tersebut merupakan ‘impak perniagaan bermakna’ sekali gus memberitahu jualan syarikatnya di restoran-restoran francais di luar Amerika Syarikat mengalami penyusutan sebanyak 0.7 peratus.

“Tempat yang kami lihat mencetuskan impak terbesar adalah di rantau Asia Barat. Kami juga menyaksikan sebahagian  impak berlaku di negara Islam lain seperti Malaysia dan Indonesia,” tambahnya.

Foto: CNN

Menurutnya, jualan turut terjejas di negara yang mempunyai ramai penduduk beragama Islam seperti Perancis, terutamanya francais di kejiranan orang Islam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan pemilik Alonyal Omri Padan berkata syarikatnya telah berjaya menggaji lebih daripada 5,000 orang di seluruh restoran McDonald’s di negara tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selama lebih dari 30 tahun, Alonyal Limited telah berbangga untuk membawa Golden Arches ke Israel dan berkhidmat kepada masyarakat kita,” katanya.

Dia turut memberitahu bahawa pengambilalihan kesemua restoran itu bergantung kepada beberapa syarat yang tidak didedahkan kepada orang awam.

Terdahulu, Kempczinski menekankan bahawa McDonald’s diuruskan oleh pengendali pemilik tempatan di setiap negara di mana francais mereka beroperasi termasuk di negara-negara Islam.

Sumber: CNN (Maisie Linford, Anna Cooban)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Sosial

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd