Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terjatuh Dari Tingkat 16, Kanak-Kanak 4 Tahun Ditimpa Maut

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 16 bangunan Blok B, Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh, Selangor pada Ahad.

Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya telah menerima maklumat mengenai insiden itu pada jam 4.28 petang, ketika ibu bapa kanak-kanak itu sedang tidur.

“Ketika ibu mangsa bangun dari tidur, beliau mendapati anak bongsunya itu berada di bahagian luar tepi jendela di ruang tamu yang telah terbuka tetapi tidak sempat mendapatkan mangsa sebelum mangsa terjatuh ke bawah,” katanya.

Foto: Astro Awani

Dalam pada itu, Hafiz berkata, kanak-kanak itu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi dan punca kematian masih dalam siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Satu kertas siasatan kes mati mengejut telah dibuka berkait kejadian tersebut dan ibu bapa mangsa juga akan diambil keterangan dalam masa terdekat,” ujarnya.

Hafiz turut meminta agar mana-mana saksi yang mempunyai maklumat berkaitan, diminta menghubungi mana-mana balai berdekatan atau IPD Sungai Buloh di talian 03-6156 1222 bagi membantu siasatan.

Sumber: Bernama

Written By Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd