Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tegur Buat Bising Awal Pagi, Pesara Maut Dilanggar Pemandu Mabuk

Seorang pesara dilaporkan meninggal dunia selepas dilanggar oleh pemandu mabuk yang berang ditegur kerana membuat bising  di Kampung Padang, Jalan Pokok Mangga Melaka.

Memetik laporan dari Kosmo! Sa’adon Sahat, 57 telah dilanggar dan diseret sejauh 20 meter selepas menegur dua lelaki yang berada di dalam Perodua Axia kerana membuat bising di kawasan rumah sekitar jam 2.45 pagi.

Tak terima ditegur buat bising

Menurut anak mangsa yang turut keluar menegur dua orang lelaki itu mengatakan yang mereka sempat berlari sehingga ke belakang kedai serbaneka 24 jam setelah dikejar menggunakan kereta sebelum bapanya dilanggar.

“Kami terjaga kira-kira pukul 2.40 pagi dan keluar untuk me­minta lelaki itu beredar.
“Kira-kira beberapa minit kemudian mereka datang semula dengan muzik kuat membuatkan kami keluar semula untuk menegur,” katanya.
“Kereta itu kemudian dilihat berpusing menuju ke arah bapa dan melanggar serta menye­retnya sejauh kira-kira 20 meter ke belakang kedai,” ujarnya.

Sempat lihat bapa berpaut pada bonet sebelum jatuh

Dia juga sempat melihat bapanya berpaut di bonet kereta itu sebelum terjatuh dan hendak dilanggar sekali lagi. Mujur dia menjerit selepas melihat bapa yang berlumuran darah sebelum kedua-dua suspek bertindak melarikan diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kedua-dua mereka dipercayai mabuk telah melarikan diri, ayah pula disahkan meninggal dunia pada pukul 2.04 petang ketika dirawat di hospital, kini tinggal kami tujuh beradik dan ibu.
“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang,” jelasnya.

Seorang dah kena cekup, satu lagi hilangkan diri

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian tersebut dan telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 28 tahun.

Walau bagaimanapun, pihak polis masih mengesan seorang lagi lelaki tempatan berusia 27 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jenazah mangsa juga telah dikebumikan di anah Perkuburan Kampung Padang malam tadi selepas dimaklumkan anaknya di laman Facebook.

https://www.facebook.com/NurQistina87/posts/pfbid031jUs6MAeSTowAkXZp6z6iuZ4w35v6kXnudJhGtkM2QEeTKkr8B6hspMFbJc2zniFl

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! (Diyanatul Atiqah Zakarya)

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd