Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MOSTI Laksana Kajian Awal Permohonan Sabah, Pahang Sediakan Tapak Pelancaran Roket

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang melaksanakan kajian awal kesesuaian tapak pelancaran roket di dua negeri iaitu Sabah dan Pahang.

Memetik laporan Bernama, menterinya, Chang Lih Kang berkata kedua-dua negeri itu telah membuat permohonan untuk menyediakan tapak pelancaran roket.

Sabah dan Pahang mohon sediakan tapak pelancaran roket

Tapak Pelancaran Roket

Foto: The Sun

Ujarnya, kajian  akan mengambil masa yang agak lama susulan memerlukan penelitian daripada pelbagai aspek.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Setakat ini ada dua negeri yang memang berminat dan telah pun mengemukakan permohonan mereka, iaitu Sabah dan Pahang. Sekarang kita dalam proses feasibility study (permohonan) mereka.
“Dalam feasibility study itu ada pelbagai aspek yang kita perlu kaji. Jadi, (kajian) akan mengambil masa,” katanya ditemui selepas program MOSTI Tech Talks siri kelima di Universiti Teknologi Petronas (UTP) kelmarin.

Artikel lain: Operasi Khas JPJ: 18 Penumpang Bas Dikesan Tak Pakai Tali Pinggang Keledar

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI Ruziah Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI Datuk Dr Mohd Nor Azman Hassan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UTP Ir Mohamed Firouz Asnan serta Provos UTP Datuk Ir Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib.

Dalam pada itu, Chang turut meluahkan harapan agar tapak pelancaran roket itu boleh dimulakan kerja pembinaannya seawal 2026.

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
” …sebenarnya permintaan untuk pelancaran satelit ini semakin tinggi dan sekarang tapak pelancaran yang ada di dunia ini tidak mencukupi.
“Dulu mungkin kita hanya perlukan untuk komunikasi, televisyen, tetapi sekarang banyak sektor seperti kereta, smartwatch, telefon pintar memerlukan teknologi satelit untuk GPS (Sistem Penentu Kedudukan Global), komunikasi dan lain-lain,” ujarnya.

Pada 15 Februari tahun lalu, media melaporkan Malaysia sedang bersaing untuk memperjuangkan pembinaan tapak pelancaran roket yang pertama di Asia Tenggara.

Chang dilaporkan berkata Malaysia memiliki kelebihan membina tapak pelancaran roket kerana tidak terletak pada garis gempa bumi, tidak mempunyai gunung berapi, mempunyai teknologi yang tinggi dan mempunyai industri elektronik serta elektrik yang matang.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dua pelajar perempuan berasal dari Korea Selatan mencuri tumpuan warganet apabila memperoleh 10A bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, termasuk Bahasa Melayu. Menurut...

Bisnes

Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM1 juta ke atas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) susulan pelanggaran perlindungan...

Lokal

Syarikat Sin Sing Coffee Sdn Bhd tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan mereka dengan penarikan sijil halal susulan isu penggunaan berus bulu babi yang tular...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menggunakan kad pengenalan milik empat individu berbeza untuk membeli lebih 100 liter petrol di sebuah stesen minyak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd