Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Taman Tema Upin Ipin Bakal Dibuka Di Melaka, Kos Dianggar RM700 Juta!

Penerbit dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi telah berkongsi salah satu impian syarikat animasinya ialah untuk membangunkan satu Taman Tema Upin Ipin.

Impian ini tercetus apabila siri animasi popular ini diterbitkan sejak hampir dua dekad lalu dan bakal menjadi kenyataan dalam tempoh tiga tahun.

Menurut laporan Berita Harian, Burhanuddin berkata mereka telah lama merancang untuk mewujudkan taman tema ini namun ianya bukan mudah kerana perancangan yang teliti beserta perbelanjaan yang besar menjadi halangan.

“Nak buat taman tema bukan murah. Kami banyak menerima tawaran tanah di Cyberjaya, Negeri Sembilan dan beberapa lokasi. Namun semua tanah itu mahu dijual, mana saya ada duit,” kata Burhanuddin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika bertemu dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh beberapa bulan yang lalu, beliau memberitahu kepada Burhanuddin bahawa ingin bekerjasama untuk membangunkan taman tema itu di Melaka.

Beliau juga meminta Burhanuddin untuk menulis surat kepada Melaka Corporation (Mcorp) untuk mencari tanah yang sesuai.

Selepas bermesyuarat bersama Mcorp kira-kira tiga minggu yang lalu, mereka menunjukkan tanah seluas 40 hektar di Alor Gajah, berdepan dengan A Famosa Resort Melaka untuk tapak taman tema itu.

Tambah Burhanuddin, Mcorp tidak mahu menjual tanah tersebut kepadanya namun mahu mengambil syer dalam projek ini dan menanggung hutang bersama, selain membuat pinjaman bank atau keluarkan suku modal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mcorp telah memudahkan urusan Burhanuddin dan berkemungkinan projek ini akan bermula pada hujung tahun ini dan dijangka dibuka secara berperingkat sekitar 2026 sehingga 2027.

Pembangunan taman tema itu dianggarkan akan menelan kira-kira RM700 juta dan ianya akan menjadi “Disneyland” yang pertama di Malaysia.

Sumber: Berita Harian (Fatin Farhana Ariffin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd