Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Subsidi Tong LPG : Kabinet Setuju Pinda Peraturan Kawalan Bekalan, Jaga Kebajikan Peniaga

Peniaga mikro dan kecil makanan dan minuman dibenarkan untuk mendapatkan bekalan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi tanpa keperluan permit barang kawalan berjadual.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang menjelaskan kebenaran tersebut diteruskan sehingga pindaan baharu kepada Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan 2021) dimuktamadkan dijangka Oktober depan.

Sehubungan itu, menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tiada tindakan undang-undang diambil terhadap peniaga mikro dan kecil berkaitan penggunaan silinder LPG bersubsidi bagi keperluan premis perniagaan masing-masing.

Subsidi Tong LPG

Subsidi Tong LPG

“Mesyuarat Kabinet hari ini sudah setuju dengan syor kita (KPDN) supaya peraturan ini (Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan 2021)) itu dipinda.
“Pindaan ini dijangka dapat kita muktamadkan sebaik saja Ops Gasak selesai pada 31 Oktober 2025. Jadi peniaga makanan dan minuman boleh terus guna tong gas LPG ini sehingga pindaan peraturan baru dimuktamadkan nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau lagi, teras kepada pindaan yang akan dibuat kelak adalah mengambil kira keperluan peniaga jualan makanan dan minuman berskala mikro dan kecil secara bersasar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, kejelasan undang-undang untuk memastikan keberkesanan pematuhan dan penguatkuasaannya akan diambil berat dengan penglibatan beberapa pihak untuk mendapatkan pandangan masing-masing.

Artikel lain: MCMC Pantau Jualan Vape Di Media Sosial, Tindakan Penguatkuasaan Bakal Diperketat

Subsidi Tong LPG

“Jemaah Menteri juga bersetuju dengan syor supaya semakan dan pindaan kepada PPKB (Pindaan) 2021 ini diselaraskan oleh Jawatankuasa Teknikal dipengerusikan Ketua Setiausaha (KSU) KPDN dan turut melibatkan kementerian dan agensi berkaitan selain mendapatkan syor dan pandangan daripada pelbagai pemegang taruh,” katanya.

Terdahulu, syor itu dibuat KPDN supaya dilaksanakan pindaan ke atas PPKB (Pindaan) 2021 yang sebelum ini sudah diluluskan oleh pentadbiran kerajaan lalu selain sudah berkuat kuasa sejak 15 Oktober 2021.

PPKB (Pindaan) 2021 itu menetapkan sekatan had kepada peniaga bagi pemilikan dan penggunaan LPG melebihi 42 kilogram pada satu-satu masa yang memerlukan kepada PBKB.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Armizan berkata OPS GASAK akan diteruskan untuk membendung aktiviti haram iaitu pemindahan gas dari tong bersubsidi kepada tidak bersubsidi selain penggunaannya oleh industri.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Sosial

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd