Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Subsidi Bersasar RON95 Dilaksana Secara Berperingkat, Guna Mekanisme Paling Sesuai

Pelaksanaan subsidi bersasar bagi petrol RON95 dijangka akan dilaksanakan tahun ini, namun kerajaan perlu memastikan menggunakan mekanisme yang sesuai agar tidak membebankan rakyat.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, langkah itu selari dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini menegaskan bahawa penyasaran subsidi perlu dibuat secara teratur.

Subsidi bersasar RON95

Subsidi bersasar RON95

“Perdana Menteri telah menyatakan bahawa subsidi bersasar untuk RON95 akan dilaksanakan tahun ini juga. Tetapi seperti mana pendekatan yang diambil terhadap diesel, kita perlu pastikan mekanisme pelaksanaannya betul dan tidak membebankan rakyat.
“Kerajaan masih dalam proses mereka bentuk sistem penyasaran yang sesuai dan akan membentangkannya kepada Jemaah Menteri apabila siap sepenuhnya,” katanya  selepas merasmikan peluncuran insiitiaf Belanjawan 2025 kendalian SME Bank di sini, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan tetap mengambil pendekatan dengan penuh berhemah bagi memastikan majoriti rakyat Malaysia tidak terkesan secara langsung daripada langkah rasionalisasi subsidi tersebut.

Artikel lain: Masih Kukuhkan Kedudukan! Johor Catat Nilai Jualan Tertinggi Sektor Pertanian RM27.2 Bilion

Advertisement. Scroll to continue reading.

Agenda reformasi fiskal kerajaan

“Namun dari segi dasarnya, Perdana Menteri berkata kerajaan tidak akan mengenakan tahap yang tinggi, kami ingin memastikan kebanyakan rakyat Malaysia tidak akan terkena impak (penyasaran) RON95 ini,” katanya lagi.

Penyasaran subsidi RON95 merupakan sebahagian daripada agenda reformasi fiskal kerajaan bagi mengurangkan ketirisan dan memastikan bantuan disasarkan kepada golongan yang benar-benar layak.

Sumber: Berita Harian (Hazwan Faisal Mohamad)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd