Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Suami Terjatuh Jambatan Pulau Pinang, Isteri Hamil Lima Bulan Minta Henti Spekulasi

Suami Terjatuh Jambatan Pulau Pinang

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta spekulasi berhubung kejadian itu di media sosial.

Menurut isteri mangsa yang kini hamil lima bulan, beliau kini dalam keadaan tertekan dan masih menunggu perkembangan rasmi daripada pihak berkuasa.

“Mohon jangan komen yang bukan-bukan tentang suami atau saya. Saya masih sedih dan sedang menanti kepulangan suami.
“Jika tiada perkara baik untuk ditaip, lebih baik diam dan jangan buat andaian sendiri,” katanya.

Suami Terjatuh Jambatan Pulau Pinang

Beliau turut meminta orang ramai untuk mendoakan keselamatan suaminya dan menghormati emosi keluarga.

“Lebih baik mendoakan daripada bercakap buruk. Saya tak mampu membalas kata-kata yang menyakitkan di luar sana. Hanya Tuhan yang boleh membalas kepada mereka yang berkata buruk tentang kami.
“Kepada yang mendoakan, terima kasih,” katanya lagi.

Wanita itu turut menegaskan bahawa hanya Tuhan mengetahui apa yang dilalui suaminya sebelum kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tahu bukan niat dia buat perkara ini. Orang di luar tidak tahu apa yang dia lalui setiap hari kecuali Tuhan. Saya sebagai isteri, hidup sebumbung pun tidak tahu apa dia rasa. Tolong jaga hati dan mental saya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari jambatan berkenaan sebelum motosikal Yamaha Y16, telefon bimbit dan bungkusan pakaian ditemui di lokasi kejadian pada petang Isnin.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan hari ini dengan kawasan pencarian diperluaskan sehingga radius empat kilometer.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata identiti lelaki berusia 25 tahun itu telah dikenal pasti dan pencarian turut melibatkan beberapa agensi keselamatan.

“Pencarian digerakkan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menggunakan sebuah bot, manakala JBPM dan Polis Marin menambah aset di perairan. Pencarian bermula dari lokasi lelaki itu dipercayai terjun dan diperluaskan sehingga empat kilometer,” katanya.

Pos Kawalan Bomba dibuka di Pengkalan Marin Mak Mandin dan setakat ini tiada waris hadir di lokasi. JBPM menerima panggilan kecemasan pada jam 6.56 petang sebelum operasi digerakkan.

Sumber: TikTok mummylee._, Malaysia Gazette (Malinda Abdul Malik)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

85% libat rakyat tempatan! Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus...

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Lokal

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tindakan sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka pada Sabtu lalu. Dalam satu kenyataan hari...

Lokal

Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan akan mengadakan perjumpaan bersama pihak Multiracial Reverted Muslims (MRM) bagi membincangkan penyelesaian jangka panjang, susulan tindakan penguatkuasaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd