Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Steven Sim Tegaskan Majikan Tak Boleh Potong Gaji Pekerja Sesuka Hati

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim menegaskan bahawa majikan tak boleh potong gaji pekerja sesuka hati kecuali potongan yang dibenarkan.

Steven Sim berkata, majikan tidak boleh memotong gaji pekerja selain daripada yang terkandung dalam Seksyen 24 Akta Kerja 1955.

Majikan tak boleh potong gaji pekerja

“Saya sudah tegaskan bahawa majikan tidak boleh memotong gaji seseorang pekerja mengikut Seksyen 24 Akta Kerja 1955 kecuali potongan yang dibenarkan seperti caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) dan cukai pendapatan.
“Selain daripada itu, majikan tidak boleh potong gaji… tidak kira kedai apa dan syarikat besar atau kecil, majikan tidak boleh memotong gaji melainkan dibenarkan melalui Akta Kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Kesuma MADANI Tahun Baharu Cina Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya, hari ini.

Sebelum itu, Steven Sim diminta mengulas berhubung sebuah rangkaian restoran ramen yang didakwa mendenda pekerjanya dengan memotong gaji disebabkan mengambil cuti sakit, pergi ke tandas atau meminum air ketika bekerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Steven Sim Puji JTKSM Bela Nasib 733 Warga Asing Ditipu Majikan

Pada masa sama, beliau turut meminta pekerja tampil membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sekiranya berlaku diskriminasi oleh majikan.

“Majikan tidak boleh memotong gaji disebabkan tindakan disiplin. Ini kerana ia mesti melalui proses inkuiri dalaman sesebuah syarikat.
“Saya minta supaya sesiapa yang mempunyai maklumat tentang pelanggaran Akta Kerja untuk tampil ke depan buat laporan secara rasmi.
“Sudah tentu (JTK) akan mengambil tindakan susulan selepas laporan,” ujarnya.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tindakan dua individu berpakaian mencolok mata ketika melakukan senaman aerobik di Bukit Badong mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial. Rakaman video yang dimuat naik...

Sosial

Sunway Medical Centre, Sunway City menafikan dakwaan palsu yang tular di media sosial berhubung pengabaian rawatan terhadap seorang pesakit dari Indonesia, sambil menegaskan semua...

Nasional

Kerajaan akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035, sebuah rancangan strategik yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi. Majlis...

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd