Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SSPA Tawar Gaji Lebih Baik Mampu Kurangkan Jurang Pendapatan Sektor Awam-Swasta

Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang menawarkan gaji lebih baik kepada penjawat awam dilihat dapat mengurangkan jurang pendapatan antara sektor awam dan swasta.

Langkah ini bertindak sebagai pencegah kepada rasa tidak puas hati yang boleh mengakibatkan peningkatan kadar ketidakhadiran atau perpindahan ke sektor lain.

sspa

Foto: Kosmo! Online

Peningkatan gaji melalui Skim SSPA ini dapat mengekalkan tenaga kerja berpengalaman dalam perkhidmatan awam dan mengelakkan kehilangan kepakaran penting.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tujuan utama skim tersebut dikatakan untuk menyelaraskan gaji dan faedah penjawat awam agar lebih setimpal dengan keperluan ekonomi semasa dan perbandingan dengan sektor swasta.

Hasilnya, penjawat awam mampu untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dalam ekonomi, kos sara hidup dan daya saing pasaran kerja dengan kadar gaji dan manfaat yang diperolehi.

sspa

Foto: Sinar Harian

Pun begitu, penjawat awam dinasihatkan untuk menggunakan manfaat dengan sebaik mungkin dan tidak membelanjakan wang terhadap perkara yang boleh mendatangkan kepada beban kewangan pada masa akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Presiden Cuepacs, Datuk Dr Adnan Mat mengingatkan agar anggota perkhidmatan awam bijak berbelanja walaupun menerima pelarasan gaji baharu sebanyak lapan peratus bermula Disember 2024.

Beliau menegaskan tiada keperluan bagi anggota perkhidmatan awam membuat pinjaman baharu ataupun pinjaman bertindih atas pinjaman lama kerana dikhuatiri menjejaskan peningkatan produktiviti akibat terbelenggu dengan hutang yang melampau.

Artikel lain: Cuepacs Ingatkan Penjawat Awam Elak Tambah Hutang Baharu Selepas Kenaikan Gaji SSPA

Di bawah SSPA, pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional akan menerima pelarasan gaji 15 peratus secara berfasa iaitu lapan peratus pada Fasa 1 (Disember 2024) dan tujuh peratus pada Fasa 2 (Januari 2026).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) pula akan menerima pelarasan gaji tujuh peratus iaitu empat peratus pada Fasa 1 dan tiga peratus pada Fasa 2.

Sumber: Sinar Harian (Nuratikah Athilya Hassan)

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd