Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis berhubung siasatan projek fidlot ternakan lembu milik kerajaan negeri.
Ahli parlimen ditahan susulan siasatan dibuat
Memetik laporan daripada Sinar Harian, sumber memaklumkan penahanan itu susulan siasatan yang dijalankan sejak Februari lalu, melibatkan dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah bagi projek berkenaan.
“Kertas siasatan telah dibuka susulan aduan yang diterima pada 10 Februari 2025.
“Siasatan berkaitan kes ini telah dijalankan dan melibatkan seramai 15 orang saksi yang telah dirakam percakapan,” kata sumber itu dalam kenyataan pada Jumaat.
Azam baki sahkan penahanan
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki turut mengesahkan tangkapan berkenaan.
Artikel lain: Isteri Albert Tei Tetapkan Tiga Hari Untuk SPRM Serahkan Inventori Rampasan
Advertisement. Scroll to continue reading.
Beliau menjelaskan Ahli Parlimen terbabit telah dirakam percakapan di bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009 sebelum dibebaskan dengan jaminan.
Sumber: Sinar Harian (Muhammad Amunnuraliff Mohd Zoki)








































