Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SPRM Bongkar Sindiket Diesel RM247 Juta, Lapan Individu Termasuk Dua ‘Datuk’ Ditahan

Dua individu bergelar Datuk antara lapan suspek termasuk pengarah syarikat dan pengurus yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Ops Karen Kartel, membongkar kegiatan penyeludupan diesel berskala besar di Sabah dan Sarawak.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kegiatan sindiket terbabit menyebabkan kerugian hasil kerajaan dianggarkan mencecah RM247 juta dalam tempoh 10 tahun, dan angka itu dijangka meningkat selepas siasatan forensik kewangan diselesaikan.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati sindiket licik ini menggunakan syarikat berlesen sebagai topeng operasi, namun disokong oleh rangkaian syarikat rahsia serta elemen kongsi gelap.

diesel

“Mereka bukan syarikat tidak berlesen, tetapi syarikat sah yang menyalahgunakan lesen untuk tujuan penyeludupan.
“Ada pula syarikat rahsia lain yang menyediakan sokongan logistik dan perlindungan,” katanya.

Artikel lain: Ismail Sabri Tak Hasrat Cabar Permohonan SPRM Lucut Hak Wang Lebih RM169 Juta

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sindiket dikesan mengumpulkan minyak diesel termasuk daripada nelayan sebelum dipindahkan secara tidak sah menggunakan laluan laut yang sukar dikesan pihak berkuasa.

Mereka turut menggunakan kemudahan logistik termasuk tanker serta beroperasi di kawasan strategik seperti Bintulu, Sarawak.

Azam berkata, siasatan dijalankan sejak tahu lalu hasil maklumat orang awam, dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), Pusat Pencegahan Pengubahan Wang Haram Nasional (NFCC), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)

diesel

Foto: Kosmo

“Kita siasat bukan sahaja kesalahan semasa, tetapi juga pemilikan, aliran kewangan dan pengelakan cukai sejak 10 tahun lalu.
“Ada akaun syarikat dan individu sedang diteliti untuk mengesan unsur pengubahan wang haram,” ujarnya.

SPRM tidak menolak kemungkinan terdapat penglibatan penjawat awam dalam melindungi operasi ini.

Media sebelum ini turut mendedahkan kewujudan sebuah syarikat kartel di Sarawak yang dipercayai membayar rasuah kepada orang dalam bagi mendapatkan kontrak pembekalan diesel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sindiket itu dikatakan memonopoli tender kerajaan negeri sejak 10 tahun lalu dengan menawarkan harga lebih rendah berbanding syarikat minyak utama, sekali gus menyeleweng sebahagian bekalan diesel subsidi ke kapal luar pesisir.

diesel

Foto: Bernama

Azam menegaskan SPRM akan mencadangkan syarikat terlibat disenarai hitam dan tidak lagi layak menerima subsidi atau kelulusan kerajaan.

Pendakwaan juga akan dibuat di bawah Akta SPRM dan Akta Pengubahan Wang Haram, selain siasatan oleh KPDN mengenai salah guna subsidi.

“Ini bukan operasi ad-hoc. Ia kesinambungan daripada operasi Off Litre tahun lalu. Dengan tindakan pemulihan dan penalti, kerajaan berpotensi memperoleh kembali jumlah kerugian yang lebih besar,” tambahnya.

Kerajaan sebelum ini menganggarkan kerugian keseluruhan akibat penyelewengan diesel subsidi mencecah berbilion ringgit setiap tahun.

Sumber: Malaysia Gazette (Mohd Zaini Samsu Hadi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama pempengaruh dan usahawan, Addy Kana kembali menjadi sebutan selepas majlis akikah anak bongsunya mencuri perhatian di media sosial, baru-baru ini. Addy Kana persoal...

Politik

Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar mendedahkan lebih 30 tahun pentadbiran PAS di Kelantan yang bebas daripada skandal rasuah besar dijadikan sebagai bukti...

Nasional

Pemimpin negara menyeru rakyat Malaysia untuk terus mempertahankan keharmonian dan perpaduan sempena sambutan Hari Malaysia 2025 dan menekankan, perpaduan ialah harta paling berharga yang...

Sukan

Kelab DPMM FC dari Brunei menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat pemain terkaya dunia, Faiq Bolkiah, bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. Pemain...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd