Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Spekulasi Ciplak Bertebaran, New Jeans Tiru Kumpulan Gadis Mexico, Jeans?

Ketika pertelingkahan antara HYBE dan ADOR yang bagaikan semakin hangat di media sosial, netizen kembali mengkritik dan mempersoalkan persamaan yang mereka temui antara kumpulan K-pop sensasi, NewJeans dan kumpulan gadis Mexico, Jeans.

Menerusi artikel Times Now News, perkara utama pertama yang dilihat terjadinya isu ciplak adalah melibatkan nama kumpulan dan logo mereka. Terdapat juga persamaan antara gaya, konsep, reka bentuk album, video muzik dan koreografi mereka.

Sekadar makluman, Jeans merupakan kumpulan gadis Mexico yang memulakan kerjaya pada tahun 1995 dan aktif sehingga 2008. Mereka membuat pembaharuan pada tahun 2015 dan kini membuat persembahan di bawah nama JNS.

Spekulasi yang bertebaran  datang hanya beberapa hari selepas Ketua Pegawai Eksekutif ADOR, Min Hee-jin dan pengarah persembahan menyelar kumpulan gadis terbaru HYBE, ILLIT kerana menciplak imej NewJeans.

Foto: Coco-cola

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, HYBE dan ADOR berada di tengah-tengah perbalahan bermula sejak 22 April lalu, apabila HYBE memulakan audit terhadap  Hee-jin.

Ini susulan daripada, syarikat itu menuduh pengurusan ADOR merangka rancangan untuk mendapatkan kawalan sepenuhnya ke atas sub-label, membocorkan maklumat sensitif dan percubaan untuk mencemarkan reputasi HYBE dan artisnya.

Hal ini sehingga membawa HYBE, melapor dan memfailkan aduan jenayah terhadap Hee-jin atas dakwaan penyelewengan kewangan.

Sumber: Times Now News

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Dua pelajar perempuan berasal dari Korea Selatan mencuri tumpuan warganet apabila memperoleh 10A bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, termasuk Bahasa Melayu. Menurut...

Sosial

Selepas mencuri tumpuan ramai dengan keputusan 11A+ Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Fakhrul Iman Zainudin, 18, meminta orang ramai agar turut meraikan kejayaan rakan-rakannya di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd