Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Speaker DUN Perlis Serah Notis Kekosongan Tiga Kerusi Kepada SPR Untuk Pertimbangan PRK

Notis pemakluman rasmi kekosongan luar jangka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuping, Bintong dan Guar Sanji diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Menurut laporan Bernama, Speaker DUN Perlis Rus’sele Eizan berkata notis berkenaan diserahkan di Pejabat SPR Perlis di sini kira-kira 12 tengah hari.

Beliau berkata dalam notis itu, pihaknya turut memaklumkan SPR mengenai alasan keperluan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di ketiga-tiga DUN berkenaan untuk pertimbangan suruhanjaya tersebut.

Speaker DUN Perlis

Speaker DUN Perlis

“Saya menyerahkan semuanya kepada pertimbangan pihak SPR,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada sidang media 25 Dis lepas, Rus’sele mengumumkan berlaku kekosongan luar jangka tiga kerusi DUN itu susulan keahlian ADUN Chuping Saad Seman, ADUN Bintong Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim dalam PAS terhenti serta-merta, selaras Fasal (1) (a) (ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rus’sele berkata walaupun usia DUN Perlis telah genap tiga tahun pada 18 Dis lalu, kerajaan negeri berpandangan terdapat keperluan mengadakan PRK bagi mengisi kekosongan ketiga-tiga kerusi itu demi kestabilan kerajaan negeri.

Artikel lain: Tiada Waktu ‘Bulan Madu’, Kabinet Baharu Diminta Bertenang Sebelum Buat Keputusan

Speaker DUN Perlis

Pada 24 Dis lalu, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi kenyataan media memaklumkan keahlian tiga ADUN itu terhenti serta-merta berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1) (b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025).

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Perikatan Nasional (PN) memenangi 14 kerusi DUN di Perlis, terdiri daripada sembilan kerusi PAS dan lima Bersatu, manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi satu kerusi menerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di DUN Indera Kayangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd