Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Sokongan Keluarga, Komuniti Penting Dalam Ekosistem Pertahanan Negara

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya bergantung kepada tahap kesiagaan dan profesionalisme anggotanya, malah sokongan ahli keluarga dan jaringan hubungan erat dengan komuniti menjadi lapisan penting dalam ekosistem pertahanan negara. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya keluarga berperanan sebagai penyokong utama yang membolehkan anggotanya berkhidmat dengan fokus dan disiplin, sementara keterlibatan komuniti melalui program kerjasama, inisiatif keselamatan setempat dan kesedaran pertahanan awam secara keseluruhan meningkatkan daya tahan sosial negara. 

Atas keyakinan itu, Kementerian Pertahanan (MINDEF) meraikan hari keluarga sebagai tanda penghargaan, pengorbanan dan komitmen warga ATM dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan negara, khususnya di Sabah terus dipertahankan.

Katanya, warga ATM termasuk keluarga harus sentiasa peka dan memahami isu keselamatan negara dan mereka bukan sahaja melaksanakannya, malah memastikan dapat memberi sumbangan yang bermakna. 

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Anggota tentera dan keluarga perlu sentiasa bersatu serta memahami dengan jelas usaha-usaha menjaga keselamatan negara. Dalam konteks keselamatan di Sabah, bukan hanya rakyat Sabah yang memikul tugas ini, tetapi dilaksana oleh anggota tentera dari seluruh negara.
“Sama ada mengawal perairan, pulau, pantai atau kampung, semua anggota bertugas tanpa memikirkan asal-usul, tetapi dengan komitmen dan kesetiaan penuh untuk menjaga keselamatan Sabah. Ini kerana, keselamatan Sabah menyumbang kepada keselamatan negara. 
“Inilah semangat yang dibawa oleh anggota tentera dan difahami oleh keluarga. Oleh itu, kerajaan berharap apa sahaja yang berlaku di luar tidak akan menjejaskan peranan serta sumbangan mereka,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir dan merasmikan Karnival Hari Keluarga Warga ATM Zon Kota Belud di Kompleks Sukan Kota Belud, semalam.

Mohamed Khaled berucap dalam Karnival Hari Keluarga Warga ATM Zon Kota Belud di Kompleks Sukan Kota Belud, semalam. Gambar: Mohd Fadhli Mohd Sulaiman

Hadir sama, Panglima Medan Timur Tentera Darat Lt. Jen. Datuk Mohd Sofi Md Lepi. 

Karnival itu khusus untuk Warga Kerja Pertahanan (WKP) termasuk kakitangan MINDEF, Badan Kebajikan Keluarga ATM (BAKAT), veteran ATM dan keluarga. 

Karnival itu juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Kesejahteraan Warga Kerja Pertahanan MINDEF 2025 yang antaranya menjaga kebajikan fizikal, emosi dan sosioekonomi warga kerja pertahanan di samping meningkatkan moral serta komitmen anggota tentera dan veteran untuk terus berbakti kepada negara.

Mohamed Khaled bercakap kepada pemberita dalam sidang media Karnival Hari Keluarga Warga ATM Zon Kota Belud di Kompleks Sukan Kota Belud, semalam. Gambar: Mohd Fadhli Mohd Sulaiman

Program itu menampilkan pelbagai aktiviti kekeluargaan, sukaneka dan cabutan bertuah bagi memeriahkan penganjuran berkenaan di daerah tersebut. 

Mohamed Khaled menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Karnival Hari Keluarga Warga ATM Zon Kota Belud di Kompleks Sukan Kota Belud, semalam. Gambar: Mohd Fadhli Mohd Sulaiman

Bagi MINDEF, usaha itu menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara warga ATM, keluarga dan komuniti setempat, selaras dengan aspirasi kementerian dalam membina ekosistem pertahanan yang sejahtera.

Selain itu, kerajaan optimis penganjuran berkenaan menggalakkan semangat kebersamaan dan kesejahteraan warga pertahanan, dengan melibatkan kerjasama masyarakat setempat dan agensi kerajaan negeri melalui pelbagai aktiviti sosial dan komuniti, selaras dengan pendekatan Pertahanan Menyeluruh (HANRUH), pendekatan Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) dan matlamat Whole of Government and Whole Of Society (WoGoS).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohamed Khaled dalam sesi ramah mesra bersama komuniti sambil melihat pameran dalam Karnival Hari Keluarga Warga ATM Zon Kota Belud di Kompleks Sukan Kota Belud, semalam. Gambar: Mohd Fadhli Mohd Sulaiman

Dalam pada itu, Mohamed Khaled menegaskan soal keselamatan negara tidak boleh dijadikan bahan kempen bermotifkan politik khususnya sepanjang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) di Sabah yang sedang berlangsung. 

Katanya, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menghasut sehingga menimbulkan kebencian terhadap kerajaan Persekutuan, kerana perbuatan itu hanya menyukarkan anggota keselamatan menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan negara. 

“Sebab itulah soal keselamatan, penting bagi kerajaan ada hubungan baik antara negeri dan Persekutuan. Jangan ada hasutan membenci Persekutuan, kerana ini akan menyusahkan kami sebagai anggota Persekutuan yang menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan,” katanya. 

Antara yang hadir dalam Karnival Hari Keluarga Warga ATM Zon Kota Belud yang terdiri daripada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan penduduk setempat di Kompleks Sukan Kota Belud, semalam. Gambar: Mohd Fadhli Mohd Sulaiman

Katanya, keluarga anggota pertahanan perlu faham suami atau isteri mereka sedang menjalankan tanggungjawab besar demi negara, justeru itu, sokongan moral dan kefahaman keluarga yang menguatkan anggota agar dapat bertugas dengan aman, cekap dan penuh dedikasi.

“Apabila keselamatan terpelihara, demokrasi dapat berjalan dengan tenang, rakyat boleh hidup harmoni, dan negara dapat terus bangun dan makmur. Itulah matlamat kita bersama dalam memastikan Malaysia kekal berdaulat, selamat dan sejahtera demi generasi hari ini dan akan datang,” katanya.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Lokal

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa. Menerusi...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd