Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sistem ‘Track My Bus’ Diperkenal, Bantu Pengguna Kesan Lokasi Bas Ekspres

Syarikat pengendali bas Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) kini telah memperkenalkan sistem Track My Bus bagi memudahkan pelanggan menjejaki lokasi semasa bas ekspres yang mereka naiki, semalam.

Menurut satu laporan Berita Harian, Pengerusinya Che Ibrahim Che Ismail berkata, langkah itu diambil berikutan talian mereka sesak dengan panggilan pelanggan yang mahu mengetahui keberadaan bas, terutama setiap kali menjelang Aidilfitri.

Foto: Berita Harian

“Kita dapati situasi sama berlaku setiap kali menjelang Aidilfitri. Penumpang akan bertali arus menghubungi kami untuk mengetahui lokasi kedudukan bas memandangkan pada musim itu berlaku kesesakan jalan yang agak teruk,” katanya.

Che Ibrahim juga berkata, penumpang yang membeli tiket bas ekspres di mana-mana kaunter E-Mutiara boleh mengimbas QR kod pada tiket bas yang diberikan mulai hari Khamis selepas mereka memperkenalkan sistem Track My Bus tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook Konsortium E-Mutiara Berhad

“Bagi mereka yang melakukan pembelian dalam talian atau yang tidak disediakan tiket bas, mereka boleh klik pautan track.e-mutiara.com dan mereka akan diminta memasukkan nombor tiket,” ujarnya lagi.

Dia turut memberitahu bahawa menerusi sistem yang diperkenalkan itu, penumpang tidak perlu cemas memandangkan mereka akan mengetahui secara terperinci di mana kedudukan bas dan berapa minit bas dijangka sampai ke stesen masing-masing.

“Penumpang juga boleh merancang perjalanan secara berhemah bagi mengelak mereka ditinggalkan bas dan tidak lagi perlu menghubungi kaunter E-Mutiara,” tambahnya lagi.

Foto: Facebook Konsortium E-Mutiara Berhad

Untuk makluman, E-Mutiara atau Ekspres Mutiara merupakan pengendali bas berpusat di Kota Bharu, Kelantan yang popular dalam kalangan penduduk Pantai Timur, kerana terkenal dengan perkhidmatan berkualiti tinggi dan bas komprehensif  ke kebanyakaan laluan bandar utama di Semenanjung Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Nor Fazlina Abdul Rahim)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd