Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KKM Lancar Sistem Pertukaran Suka Sama Suka, Kurangkan Karenah Birokrasi Penempatan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan Sistem Pertukaran Suka Sama Suka (P3S) sebagai langkah baharu untuk mengurangkan kerenah birokrasi dalam urusan penempatan, mempercepatkan proses pertukaran pegawai serta menjaga kebajikan warga kesihatan.

KKM dalam satu kenyataan berkata, sasa pertama bermula hari ini dibuka kepada skim jururawat di bawah Bahagian Kejururawatan, dengan permohonan boleh dibuat secara dalam talian berbanding secara manual melalui proses sebelum ini.

Sistem Pertukaran Suka Sama Suka

Sistem Pertukaran Suka Sama Suka

“Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi: https://p3s.moh.gov.my. Semua syarat kelayakan dan tatacara permohonan boleh dirujuk dalam garis panduan di portal terbabit,” kata kenyataan itu.

Kata KKM lagi, dengan adanya P3S proses permohonan kini lebih sistematik, telus dan adil tanpa mengubah peraturan kelulusan sedia ada.

“Pentadbiran di peringkat Pejabat Tanggungjawab (PTJ) hanya perlu mengesahkan kelayakan pegawai, dan surat penempatan baharu akan dijana secara automatik selepas padanan berjaya dibuat.
“Pegawai terlibat perlu melapor diri serentak di lokasi penempatan baharu pada tarikh kuat kuasa rasmi,” katanya lagi.

Artikel lain: Kerajaan Bakal Perkenal Skim Lindungan Pekerja Di Luar Waktu Bekerja

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sistem Pertukaran Suka Sama Suka

Selepas skim jururawat, P3S akan diperluaskan secara berperingkat mulai 2026 kepada skim Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Pegawai Farmasi serta Penolong Pegawai Farmasi.

Menurut KKM, pelaksanaan P3S mencerminkan komitmen kementerian dalam menyokong kebajikan dan kesejahteraan warga kerja kesihatan, selain mengurangkan karenah birokrasi serta meningkatkan kecekapan pentadbiran.

Langkah ini juga selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan aspek kemampanan, kesejahteraan dan daya cipta bagi memperkukuh sistem kesihatan negara.

Sumber: Facebook @Dr Dzulkefly Ahmad

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd