Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Simpan SSPN Tawar Pelbagai Keistimewaan & Manfaat, Peluang Terbuka Hingga 31 Dis 2023

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sememangnya menggalakkan amalan penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.

Usaha selari dengan Pelan Strategik PTPTN

Usaha tersebut selari dengan Teras Pertama, Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 iaitu menjadikan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebagai produk simpanan pendidikan utama di Malaysia.

Sekadar gambar hiasan

Banyak manfaat buat anak2

Susulan daripada itu, PTPTN telah memperkenalkan Simpan SSPN untuk membantu ibu bapa merancang kewangan dari awal usia anak-anak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Melalui Simpan SSPN, pelbagai keistimewaan dan manfaat disediakan bagi memberikan peluang kejayaan untuk anak-anak.

Simpan SSPN merupakan satu-satunya produk simpanan yang menawarkan manfaat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun yang telah dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2024.

Ia merupakan insentif istimewa kepada pendeposit Simpan SSPN yang memberikan kelebihan berbeza berbanding produk simpanan lain di pasaran.

Sekadar gambar hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

SSPN Prime tawar perlindungan takaful

Tak hanya itu, Simpan SSPN Prime juga menawarkan manfaat perlindungan takaful ke atas pendeposit. Keistimewaan Simpan SSPN tersebut memberikan manfaat perlindungan takaful percuma secara Ringgit ke Ringgit kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas sekiranya berlaku kematian/ ilat kekal menyeluruh kepada mereka.

Sememangnya nilai manfaat ini tidak dapat menggantikan kasih sayang dan tanggungjawab sebagai seorang ibu atau bapa, namun simpanan di dalam Simpan SSPN dan nilai manfaat yang diterima ini dapat menampung kos pendidikan anak-anak yang ditinggalkan.

Tawar Geran Sepadan percuma

Simpan SSPN Prime turut menawarkan Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak iaitu ibu bapa yang mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000.

Geran Sepadan ini merupakan insentif kewangan yang ditawarkan bagi penerima manfaat iaitu anak-anak yang diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar gambar hiasan

Dalam pada itu, Simpan SSPN juga menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat lain kepada pendeposit seperti dividen yang kompetitif.

Ia dilihat berdasarkan kepada peningkatan pelaburan dan trend prestasi deposit Simpan SSPN yang membanggakan setiap tahun, PTPTN menjangkakan pemberian dividen Simpan SSPN bagi tahun 2023 akan meningkat berbanding tahun 2022.

Selain itu, Simpan SSPN merupakan instrumen simpanan yang patuh syariah dan dijamin kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar gambar hiasan

Pelbagai usaha dan strategi telah dilaksanakan oleh PTPTN bagi membudayakan amalan penabungan. Sebagai tanda penghargaan dan menggalakkan penabungan kepada masyarakat Malaysia, PTPTN mengadakan Kempen Cabutan WOW!

Simpan SSPN 2023 yang menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan dengan jumlah keseluruhan bernilai hampir RM500,000 menanti 138 orang pemenang. Tempoh promosi kempen bermula pada 1 Januari 2023 dan akan berakhir pada 31 Disember 2023.

 “PTPTN menyeru masyarakat Malaysia untuk segera membuat simpanan di Simpan SSPN sebelum 31 Disember 2023 untuk mendapatkan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 bagi tahun taksiran 2023 dan pelbagai manfaat yang ditawarkan.”
“Pendeposit disarankan membuat pembukaan akaun atau penambahan simpanan melalui aplikasi myPTPTN bagi urusan yang lebih mudah, cepat dan selamat. Pendeposit juga boleh melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai keistimewaan dan manfaat produk Simpan SSPN,” ujar Pengerusi PTPTN, YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial memaparkan seorang lelaki bersama lima warga Pakistan nekad terjun sungai bagi membantu kira-kira 30 penduduk Kampung Tengah yang terkesan dengan...

Nasional

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Malaysia Bhd (Takaful Malaysia) menyalurkan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membantu mangsa yang terjejas dalam insiden kebakaran saluran paip di Putra...

Lokal

Seorang peniaga dikenali Abang Belon pernah ada 13 rekod jenayah lalu dan kebanyakannya adalah berkaitan dengan kesalahan dadah, lapor Kosmo! Online. Difahamkan, peniaga belon...

Lokal

Muhamad Za’imuddin Azlan atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Belon’ kini berhadapan dengan risiko lumpuh kekal akibat kecederaan serius pada saraf tulang belakangnya selepas insiden yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd