Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Siap Ada Klinik Persendirian, ‘Mini Dhaka’ Masuk Jerat Hampir Satu Batalion PGA

Satu batalion anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) telah berjaya menggempur lokasi panas dan pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya masuk jerat di Jalan Silang, Kuala Lumpur, hari ini

Memetik Kosmo! Online, kira-kira lebih 1,000 pegawai dan anggota polis telah mengepung kawasan berkenaan bermula pukul 11 pagi tadi susulan kebanjiran warga asing yang dikatakan ‘besar kepala’ seperti warga tempatan yang membuka perniagaan.

Difahamkan, kebanyakan mereka terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar itu masuk jerat serta gagal melarikan diri selepas menyedari kepungan mengejut dibuat.

gempur masuk jerat

Lebih mengejutkan, salah satu premis yang diusahakan oleh warga asing mendapati mereka menjalankan perniagaan klinik persendirian dan menyasarkan pelanggan dalam kalangan rakyat asing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut ditemukan pelbagai jenis ubat-ubatan dipercayai dari Bangladesh yang tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Malah, ketika pemeriksaan dijalankan, premis terbabit tidak berpenghuni.

Serbuan yang dijalankan turut menemukan premis yang dijadikan bilik sewa dalam keadaan berselerak, kotor dan jijik dipercayai dihuni warga asing.

Artikel lain: Siap Ada Kereta! PATI Bina Penempatan Haram, Pelihara Ayam & Bercucuk Tanam

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk pengetahuan, pegawai dan anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur dan Unit Pengesan Anjing K9 telah menyerbu di kawasan sekitar Jalan Silang atau kini dikenali Jalan Tun Tan Siew Sin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, kesemua mereka diberkas dalam operasi bersepadu khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) bermula pagi tadi.

Tambahnya, pasukan PGA berjaya mengepung kawasan itu sebelum hasil pemeriksaan lanjut di 60 premis di kawasan sekitar Kompleks Kota Raya berjaya menahan seramai 1,101 PATI.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesemua PATI telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(3), Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959 dan Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963.

Sumber: Kosmo! Online (Azmi Nordin)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Sosial

Video seorang anggota ATM fasih berborak dengan juruterbang pasukan Russian Knight menggunakan bahasa Rusia telah menarik perhatian ramai apabilakedua-duanya dilihat rancang berbual. Anggota ATM...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail (TMJ) menyindir cadangan segelintir pihak yang mahu memboikot saingan Liga Super musim depan susulan beberapa...

Sosial

Kehilangan anak kandung menjadi antara ujian paling berat dalam hidup seseorang, khususnya bagi ibu bapa yang terpaksa berdepan dengan realiti kehilangan zuriat yang pernah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd