Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Semua Penumpang Disahkan Maut Selepas Kapal Selam Meletup Berhampiran Titanic

Malang tidak berbau, lima penumpang yang menaiki kapal selam Titan yang bertujuan mahu meneroka sisa bangkai kapal persiaran mewah, Titanic, di dasar Laut Atlantik disahkan meninggal dunia.

Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) memaklumkan kapal selam yang hilang sejak Ahad lalu dipercayai meletup berhampiran Titanic telah pun diberitahu oleh waris setiap mangsa yang terlibat.

Difahamkan, pasukan pencarian dan penyelamat telah menemui serpihan kapal selam berkenaan berdekatan Titanis dan secara tidak langsung ia menjadi petunjuk perjalanan terakhir Titan tersebut.

Bahagian ekor Titan bersama serpihan lain ditemui kira-kira 500 meter dari bangkai Titanic, yang terletak pada kedalaman 4,000 meter di bawah laut berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang lebih menyayat hati, syarikat yang mengedalikan ekspedisi berkenaan, OceanGate mendedahkan, kesemua penumpang Titan termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Stockton Rush, dipercayai meninggal dunia.

Empat mangsa lain dikenal pasti sebagai Shahzada Dawood serta anaknya Suleman Dawood, jutawan British Hamish Harding dan Paul-Henri Nargeolet.

“Dengan penuh rasa duka, kami kini mempercayai bahawa CEO kami, Stockton Rush, Shahzada Dawood dan anaknya Suleman Dawood, Hamish Harding, dan Paul-Henri Nargeolet, telah hilang,” katanya.

Dawood adalah seorang ahli perniagaan berbangsa Pakistan-Britain dan anaknya berusia 19 tahun. Harding, 58, pula seorang billionair Britain, manakala, Nargeolet merupakan seorang peneroka berusia 77 tahun dari Perancis.

Terdahulu, submarine tu dikawal menggunakan Logitech Gaming Controller dan harga tiket sekitar $250K (RM1.16 juta) seorang bagi menyertai ekspidisi ke bangkai Titanic, yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer selatan St John’s, Newfoundland.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kapal selam OceanGate yang dilaporkan hilang itu mampu memuatkan lima orang dengan bekalan oksigen selama empat hari.

Sumber: Berita Harian

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Lokal

Seekor gajah betina dipercayai ‘mengamuk’ selepas anaknya mati dirempuh sebuah lori muatan ayam di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, awal pagi tadi....

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd