Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Semua Daftar Atas Nama Bapa? Bekas Isteri Khaby Lame Didakwa Gagal Tuntut Harta

Spekulasi mengenai tuntutan harta antara bintang TikTok terkenal, Khaby Lame dan bekas isterinya, Wendy Thembelihle Juel hangat diperkatakan di media sosial selepas timbul dakwaan bahawa semua aset didaftarkan atas nama bapa pempengaruh itu.

Ada andaian mengatakan Wendy tak punya hak

Menerusi kenyataan daripada Agensi, perkara tersebut mencetuskan andaian bahawa Wendy mungkin tidak mempunyai hak untuk menuntut sebahagian daripada kekayaan berkenaan.

Naratif Wendy tak boleh tuntut aset tak benar

Pada masa sama, turut tersebar khabar angin mengenai aset milik Wendy sendiri yang dianggarkan bernilai AS$10 juta (kira-kira RM43.5 juta) yang didakwa akan dibahagikan antara mereka berdua.

Namun begitu, laporan menyatakan naratif bahawa Wendy tidak boleh menuntut bahagian daripada aset Khaby adalah tidak tepat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memetik laporan, Khaby yang terkenal dengan kandungan komedi tanpa suara turut menjadi perhatian susulan perjanjian hak imej dan rupa paras bernilai AS$975 juta (kira-kira RM4.24 bilion).

Perjanjian tersebut dimeterai pada Januari 2026 dengan Rich Sparkle Holdings yang membolehkan penggunaan imejnya untuk model kecerdasan buatan (AI) bagi tujuan pengiklanan.

Susulan perkembangan itu, Wendy dilaporkan memfailkan perceraian beberapa bulan kemudian atas alasan ketidakserasian watak. Sumber terdekat memaklumkan perkahwinan mereka yang berlangsung pada November 2023 berakhir sekitar Jun 2024, manakala pengurus Khaby mengesahkan perpisahan tersebut berpunca daripada perbezaan peribadi dan bukannya isu kewangan.

Untuk rekod, Khaby Lame mula mencipta nama di peringkat antarabangsa selepas video TikToknya tular pada tahun 2020, dan kini memiliki lebih 160 juta pengikut di platform tersebut serta lebih 77 juta di Instagram, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai antara pempengaruh paling berpengaruh di dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dua pelajar perempuan berasal dari Korea Selatan mencuri tumpuan warganet apabila memperoleh 10A bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, termasuk Bahasa Melayu. Menurut...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menggunakan kad pengenalan milik empat individu berbeza untuk membeli lebih 100 liter petrol di sebuah stesen minyak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd