Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SemakMule Senaraikan 160,095 Akaun Bank, Nombor Telefon ‘Scammer’

Sistem SemakMule Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman telah senaraikan sebanyak 160,095 akaun bank dan nombor telefon berkaitan scammer atau penipuan.

Pengarah JSJK, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sistem tersebut yang dibangunkan sejak 2018 bertujuan untuk membantu masyarakat menyemak nombor akaun dan nombor telefon yang diragui, lapor Bernama.

Foto: The Sun

Ramli berkata, sejak dari kewujudan portal itu, ia telah dilawati sebanyak 24 juta kali dengan jumlah carian yang mencecah sehingga 21 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Daripada jumlah carian itu, sejumlah 1.5 juta pengguna percaya carian telah memberikan jawapan positif.
“JSJK percaya, maklum balas berkenaan telah membantu pengguna dan menyelamatkan wang mereka daripada dipindahkan ke akaun scammer.
“Masyarakat dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan ini untuk mengelak kerugian wang ringgit mereka,” katanya dalam sidang media khas JSJK pada Khamis.

Artikel lain: Jadikan Pematuhan Halal Sebagai Tanggungjawab Sosial Aktiviti Perniagaan

Tambahnya, portal SemakMule juga berjaya memenangi tempat kedua dalam Majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam 2023 anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

SemakMule senaraikan 160,095 akaun bank, nombor telefon ‘scammer’

Foto: Harian Metro

“Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan kepada polis khususnya dari aspek penyampaian perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Sekadar info, SemakMule adalah platform untuk orang ramai membuat semakan akaun bank dan nombor telefon yang digunakan untuk kes-kes jenayah komersial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd