Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kini Terbukti! Kakak, Sekutu Jho Low Diarah Bayar 1MDB Hampir AS$2.8 bilion

Sekutu Jho Low Diarah Bayar 1MDB

Kakak ahli perniagaan buruan Jho Low, Low May Lin, bersama sekutu rapatnya Tan Kim Loong, diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membayar hampir AS$2.8 bilion kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas mahkamah mendapati mereka bertanggungjawab atas penglibatan dalam pengubahan wang haram dana syarikat itu.

Hakim Mahazan Mat Taib berkata 1MDB berjaya membuktikan kes tersebut terhadap kedua-duanya berdasarkan imbangan kebarangkalian hasil perbicaraan penuh yang berlangsung tanpa bantahan pada 6 Oktober lalu.

Kakak, Sekutu Jho Low Diarah Bayar 1MDB

Prosiding diteruskan walaupun kedua-dua defendan tidak hadir atau diwakili peguam, selaras dengan Aturan 35 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang membenarkan tiga saksi plaintif untuk memberi keterangan.

Berdasarkan dokumen yang dikemukakan dan tidak dibantah, mahkamah mendapati wujud kaitan jelas antara pasangan berkenaan dengan Low Taek Jho serta bekas perdana menteri Najib Razak, yang menurut Perkara 117 perlembagaan syarikat mempunyai kawalan penuh terhadap keputusan kewangan utama 1MDB.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Walaupun Jho Low tidak memegang jawatan rasmi, dia bertindak sebagai proksi Najib dan pengarah bayangan.
“Arahan beliau dipatuhi oleh lembaga dan pihak pengurusan atasan dan dia dianggap mewakili Najib, dengan banyak transaksi utama dirangka dan dilaksanakan melalui entiti yang dikawal oleh Jho Low dan rakan-rakannya.
“Dana yang sepatutnya untuk projek nasional dengan pantas dilencongkan ke struktur luar pesisir yang dikawal oleh Jho Low,” katanya.

Mahkamah turut mendapati Tan, atau Eric Tan, berperanan sebagai saluran utama dalam proses pengubahan serta pelapisan dana. Rekod menunjukkan dia menerima AS$2.79 bilion yang diselewengkan daripada 1MDB.

Bagi May Lin, mahkamah mendapati dia menerima AS$809,319 secara terus ke akaun peribadi melalui empat pindahan daripada bapanya, Tan Sri Larry Low Hock Peng.

“Pindahan ini adalah secara ihsan, tidak mempunyai sebarang alasan komersial, dan berasal daripada dana yang disalahgunakan melalui struktur Good Star.
“Sebagai kakak Jho Low, peranannya sebagai benefisiari peribadi dana yang disalurkan secara haram adalah sejajar dengan corak penyembunyian yang berasaskan keluarga,” katanya.

Mahkamah turut mengarahkan kedua-dua defendan membayar kos RM500,000 kepada 1MDB.

Artikel lain: Kes 1MDB: AS Dilapor Akan Kembalikan Aset AS$100 Juta Kepada Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes saman ini difailkan pada tahun 2021 membabitkan 1MDB dan empat anak syarikatnya terhadap Jho Low, ahli keluarganya serta rakan-rakan terdekat, dengan tuntutan keseluruhan mencecah AS$3.7837 bilion.

Antara tuntutan termasuk bayaran bagi dana yang diselewengkan, pembelian barang kemas dan keuntungan rahsia.

Pada 2022, penghakiman ingkar diperoleh terhadap Jho Low, bapanya Hock Peng dan abangnya Taek Szen, diikuti penghakiman sama terhadap ibunya, Goh Gaik Ewe, pada 2024 selepas mereka gagal memberi respons terhadap tuntutan.

Penghakiman itu bermaksud mahkamah membuat keputusan memihak kepada plaintif kerana defendan tidak hadir mempertahankan diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini (Farah Solhi)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Lokal

Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia maut selepas disengat obor-obor ketika mandi di Pantai Cenang, Langkawi pada Sabtu lalu. Memetik laporan daripada Harian Metro, mangsa,...

Nasional

Barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran lebih peka terhadap sebarang perubahan tingkah laku, tekanan emosi dan gejala kemurungan dalam kalangan warga pasukan. Menurut...

Sosial

Anak kepada pelakon Fazren Rafi menjadi perhatian warganet apabila gelagatnya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan mata pelajaran sains. Menerusi perkongsian di Threads, Fazren...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd