“Untuk sektor swasta, kajian dari Jabatan Statistik Negara (DOSM) menunjukkan ada peningkatan produktiviti, tetapi kadar upah itu sangat sederhana. Jadi (seolah-olah) tidak memberi satu galakan kepada golongan pekerja.
“Sebab itu, sementara saya beri RM2,000 kepada penjawat awam, RM1,000 kepada pesara, sebagai tanda penghargaan kepada perkhidmatan mereka, kajian persaraan harus disiapkan. Dalam pertengahan tahun depan kena siapkan, supaya ada pengumuman penting dalam belanjawan akan datang.
“Tetapi saya minta (kepada) sektor swasta, kerana ada (pekerja) yang mengadu, syarikat untung sehingga RM400 juta setahun, tapi upah tak meningkat.
“Saya harap signal diberikan oleh kerajaan untuk berikan pengiktirafan kepada penjawat awam turut disambut sektor swasta, yang catat keuntungan baik. Berilah sedikit tambahan yang munasabah,” katanya.

Ahli politik Islam berpengaruh dunia

Sementara itu, beliau sempat mengingatkan kepada penjawat awam termasuk pengurusan tertinggi jabatan dan kementerian, untuk lebih proaktif dalam melakukan langkah penjimatan.

Sumber: Astro Awani (Firdaus Azil)