Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Sayu Yang Syukur Akhirnya Ditayangkan, Aaron Aziz Ubati Rindu Penggemar Filem Cinta

Selepas lapan tahun, akhirnya filem kedua arahan Datuk Aaron Aziz iaitu Sayu Yang Syukur akan ditayangkan pada 28 Disember ini.

Aaron berkata, filem yang dirakam pada tahun 2016 ini telah melalui beberapa kekangan, termasuk tempoh penyuntingan yang lama.

“Filem ini dirakam pada tahun 2016 tapi tempoh penyuntingan yang agak panjang memandangkan versi asal terlalu panjang.
“Bila kami dah sedia untuk tayangkan filem ini, tiba-tiba berlakunya Perintah Kawalan Berkurung (PKP) sebab pandemik Covid-19.
“Selain itu, kami juga menangguhkan penayangan filem ni sebab kami tak nak ada pertembungan genre sama di pawagam,” katanya.

Pelakon berusia 47 tahun itu berkata demikian pada sidang media selepas majlis tayangan perdana Sayu Yang Syukur pada Rabu lalu.

Sementara itu, dia juga berkata filem Sayu Yang Syukur merupakan filem bergenre cinta yang pertama diarahkan olehnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada awalnya, Penerbit Eksekutif, Allahyarham Datuk Gulzar Mohamad Noor Mohamed atau lebih dikenali Mohd Atlas menawarkan Aaron sebagai pengarah.

“Pada awalnya saya diberikan peluang untuk berlakon sahaja, namun arwah kemudiannta tawarkan pula untuk saya mengarahkan filem ini.
“Saya merasakan ia satu peluang yang tidak harus dilepaskan memandangkan saya tak pernah mengarahkan sebuah filem cinta,” ujarnya.

Tambahnya, selain cabaran sebagai pengarah, dia juga berhadapan dengan tekanan memegang watak Qudaim kerana tidak mahu ia sama seperti peranan romantik yang pernah dilakonkan sebelum ini.

“Saya sudah berlakon dalam banyak filem dan drama romantik. Jadi saya mahu beri kelainan tanpa perlu terlalu memfokuskan suasana romantis yang banyak,” kongsinya.

Filem terbitan Nusanbakti Production Sdn Bhd ini mengisahkan Liana lakonan Nora Danish terlibat dalam kemalangan ketika pulang ke kampung sebelum ditemui Qudaim.

Pertemuan tersebut merupakan permulaan hitam buat Liana selepas dia dicabuli oleh Qudaim dan rakannya, Adam namun adakah kejadian itu benar-benar berlaku?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain dijayakan oleh Aaron dan Nora, Sayu Yang Syukur turut dibintangi oleh Arja Lee, Fairie Khalil, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Raja Emma dan ramai lagi.

Haa, dah lama tak ada filem cinta kat pawagam kan? Jom tonton Sayu Yang Syukur, memang sedih lagi-lagi mendengar lagu OST Menanti Sinar nyanyian Siti Nordiana. Mengalir air mata!

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd