Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

“Saya Setuju Rombakan Kabinet Sebelum Akhir Bulan Ini” – Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu rombakan kabinet akan berlaku sebelum akhir bulan ini.

Menerusi laporan Kosmo, perkara tersebut didedahkan oleh Anwar ketika ditemui selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin, Presint 8, di sini, hari ini.

 “Saya setuju (rombakan Kabinet), sebelum tahun depan (bulan ini),” katanya.

Maklum balas itu diberikan selepas beliau disoal seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Akmal Afif Yaseer Arafat di luar perkarangan surau terbabit.

Rombakan kabinet sebelum akhir bulan

Artikel lain: Anwar Ibrahim Orang Pertama Di Malaysia Miliki Digital ID

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, sebelum berlakunya sesi temu bual itu bersama media, sekumpulan kanak-kanak telah disapa oleh Anwar Ibrahim selepas menunggu lebih 20 minit di luar surau berkenaan.

Bagaimanapun, beliau meminta seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Akmal Alif untuk mengajukan soalan bagi mewakil wartawan yang berada di lokasi yang sama.

“Datuk Seri, bila rombakan Kabinet?,” kata Akmal Afif yang juga murid tahun enam, Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (2).

Anwar kemudian menjawab, “Nama siapa? Akmal nak (rombakan) bila, sebelum atau selepas?.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kanak-kanak itu kemudian menjawab, “Sebelum 2024,” katanya.

Anwar selepas itu berkata, “Dia (Akmal) jawab sebelum 2024, saya setuju (rombakan Kabinet sebelum 2024). Ok, terima kasih,”

Sumber: Kosmo! Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd