Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sarawak Kibar Bendera Separuh Tiang, Berkabung 2 Hari

Negeri Sarawak kibar bendera separuh tiang susulan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kira-kira jam 4.40 awal pagi tadi.

Allahayarham meninggal jam 4.40 pagi tadi

Kerajaan negeri juga mengisytiharkan perkabungan selama dua hari bermula 21 dan 22 Februari ini sebagai menghormati pemergian allahayarham.

Sarawak kibar bendera separuh tiang, semua acara rasmi & hiburan ditangguh

Memetik kenyataan rasmi yang dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki, bendera Ibu Pertiwiku hendaklah dinaikkan separuh tiang di seluruh negeri ini dan semua majlis rasmi yang melibatkan acara-acara hiburan hendaklah ditangguh serta merta.

“Dukacita dimaklumkan bahawa mantan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah kembali ke Rahmatullah pada kira kira jam 4.40 pagi, Rabu, 21 Februari 2024.
“Kerajaan Sarawak merakamkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.
“Masjid dan rumah ibadah adalah digalakkan mengadakan majlis doa bagi memperingati pemergian Allahyarham,” katanya.

Sarawak kibar bendera separuh tiang, berkabung 2 hari

Difahamkan, jenazah allahyarham diterbangkan ke Pengkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuching dari Kuala Lumpur pada petang Rabu, sebelum dibawa ke kediaman Allahyarham di Demak Jaya, Jalan Bako.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jenazah akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis, 22 Februari, untuk memberi peluang kepada rakyat memberi penghormatan terakhir mulai jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.
“Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Demak untuk disolat sebelum dikebumikan dengan Istiadat Pengebumian Negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya,” jelasnya.

Allahyarham Tun Abduk Taib Mahmud telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun di sebuah hospital swasta, di Kuala Lumpur.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Sosial

Keikhlasan seorang jururawat menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas berbangsa India yang tular di media sosial baru-baru ini membuktikan bahawa ihsan dan kemanusiaan mengatasi...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd