Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Salah Guna Logo Halal, KPDN Serbu Kilang Sandwic Tular

Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serbu sebuah kilang sandwic di Sunway Damansara, Petaling Jaya, Selangor yang tular kerana disyaki menyalah guna logo halal pada 10 Januari 2025.

Menerusi satu kenyataan, serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota penguatkuasa KPDN Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bermula kira-kira 1 tengahari.

KPDN serbu kilang sandwic tular

Serbuan itu hasil aduan yang diterima JAKIM dan video tular di aplikasi TikTok berkaitan penggunaan perakuan logo halal yang meragukan pada produk sandwic yang dijual oleh beberapa premis pasar raya terkemuka sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

“Pemeriksaan lanjut mendapati premis terbabit tidak memiliki kelulusan halal daripada pihak JAKIM.
“Logo halal yang dilekatkan pada produk roti sandwic tersebut ialah logo halal yang diperakukan kepada sebuah syarikat lain yang tidak lagi beroperasi dan telah menjual perniagaannya kepada syarikat yang diserbu,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, KPDN juga memaklumkan sijil pengesahan halal yang digunakan premis tersebut juga disahkan telah tamat tempoh pada 15 Oktober 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil serbuan, pihak KPDN telah menyita pelbagai jenis roti sandwic, sebuah komputer, mesin pencetak dan beberapa dokumen perniagaan yang berkaitan.

“Kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat kerana melanggar Perenggan 4(1) Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] dan menjadi kesalahan di bawah Perenggan 8(a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
“Jika disabitkan kesalahan, syarikat itu boleh didenda tidak melebihi RM200,000, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM500,000.
“Bagi individu pula, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
“Manakala bagi kesalahan berikutnya, individu akan didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali,” ujar kenyataan itu.

Sementara itu, KPDN juga akan menghantar sandwic tersebut ke Jabatan Kimia untuk mendapatkan pengesahan tentang kandungan sebenar yang digunakan dalam penghasilsan sandwic tersebut selain tindakan di bawah pensijilan.

KPDN turut menegaskan penutupan premis-premis di sebuah universiti awam yang tular baru-baru ini adalah tindakan yang diambil sendiri oleh pigak berkenaan dan tidak melibatkan arahan daripada kementerian.

Pada masa yang sama, KPDN memberi amaran kepada semua pihak yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang sedang berkuatkuasa serta memastikan kesemua produk dan perkhidmatan yang dihasilkan memenuhi standard halal yang telah ditetapkan bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan di bawah perundangan berkaitan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kesalahan seumpama ini amat serius serta boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan pengguna terutama yang beragama Islam,” kata kenyataan itu.

Sumber: Facebook Bernama TV

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Sosial

Imam 3 Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Muhammad Adhan Adnan meletakkan jawatan susulan penularan video menunjukkan setiausaha masjid menonton kandungan lucah di pejabat masjid. Imam...

Lokal

Kes pembunuhan melibatkan pasangan suami isteri yang ditemui maut di sebuah rumah di Sri Aman pada 14 Januari lalu disahkan telah selesai, dengan kemurungan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd