Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

‘Ingatkan Tengok Kat VVIP Box Je, Rupanya TMJ Layan Bola Kat Restoran Mamak’

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) mencuri tumpuan apabila hadir menyaksikan perlawanan Liga Super Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di sebuah restoran mamak dipercayai di Taman Desaru Utama, Bandar Penawar pada Ahad.

TMJ layan bola kat restoran mamak!

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh akaun rasmi @_jdtfc_ di aplikasi Threads, semalam.

TMJ layan bola

Foto: Threads @_jdtfc_

Menerusi hantaran itu, kehadiran pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) di restoran tersebut memperlihatkan sisi sederhana baginda yang dekat dengan rakyat, apabila memilih untuk menonton perlawanan bersama orang ramai sambil menikmati suasana santai.

“Mamak pun Mamak lah, janji JDT! Memang steady Tunku. Ingatkan tengok kat VVIP box je, rupanya layan bola kat mamak pun on!
“Inilah aura ketua yang sentiasa dekat dengan minat rakyat. Duduk sekali, layan skrin besar, sambil pekena teh tarik,” tulis @_jdtfc_ dengan memuat naik beberapa keping gambar TMJ di lokasi berkenaan.
TMJ layan bola

Foto: Threads @cikfettttttttttt

Aksi perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu menyaksikan JDT menewaskan Selangor FC dengan keputusan 2-0, sekali gus meneruskan prestasi cemerlang pasukan Harimau Selatan dalam saingan Liga Super Malaysia.

Artikel lain: Isu Dokumentasi: TMJ Tak Setuju Setiausaha FAM Digantung Tugas -“Bukan Masa Nak Salahkan Sesiapa..”

Sementara itu, @_jdtfc_ menjelaskan kehadiran TMJ di lokasi awam itu turut mendapat perhatian peminat bola sepak yang menyifatkan baginda sebagai seorang pemimpin berkarisma dan tidak kekok mendekati penyokong pasukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
TMJ layan bola

Foto: Threads @_jdtfc_

Tindakan tersebut juga mencerminkan sokongan berterusan TMJ terhadap JDT, bukan sahaja dari sudut pengurusan dan kepimpinan kelab, malah dengan turun padang menyaksikan sendiri perlawanan dalam suasana santai bersama rakyat.

“Terbaiklah TMJ! Simple tapi penuh karisma. Siapa yang ada kat kedai mamak tadi memang beruntunglah!,” tulisnya lagi.

Sumber: Threads @_jdtfc_

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd