Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Rob Friend Dilantik Sebagai CEO Harimau Malaya

Bekas penyerang Kanada, Rob Friend diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Harimau Malaya hari ini.

Pelantikan beliau diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan di platform rasmi X, @FAM_Malaysia.

Foto: X @FAM_Malaysia

Pengumuman itu sekali gus menamatkan teka-teki siapa figura yang menggalas jawatan berkenaan dimana antara nama yang dicanang sebelum ini ialah Tim Cahill dan Stanley Bernard.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“FAM mengumumkan Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob Friend dari Kanada sebagai CEO Pasukan Kebangsaan,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan.

Foto: X @FAM_Malaysia

Memetik laporan MakanBola, pelantikan beliau dilihat memenuhi ciri-ciri CEO Harimau Malaya yang digariskan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Beliau bukan saja berstatus bekas pemain bola sepak tetapi juga seorang usahawan berjaya. Ini terbukti apabila Friend menjadi pengasas beberapa entiti komersial termasuk Canadian Premier League (CPL).

Menariknya, dua pasukan CPL iaitu Pacific FC dan Vancouver FC ditubuhkan oleh beliau. Friend membantu meningkatkan nilai liga tersebut mencecah angka AS$300 juta (RM1.3 bilion) dalam tempoh enam tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Friend pernah beraksi untuk Moss FC, Molde, Heerenveen, Borussia Monchengladbach, Hertha Berlin, Eintracht Frankfurt, 1860 Munich dan LA Galaxy.

Foto: X @FAM_Malaysia

Artikel lain: Tunku Ismail Kongsi Kriteria Sebagai CEO Baharu Harimau Malaya

Sudah jelas pengalaman beliau dalam dunia bola sepak dan keusahawanan bukan saja akan memberi nafas baru kepada aspek perancangan dan pengurusan skuad kebangsaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, Friend juga akan merekrut tenaga kerja berkualiti dan berpengalaman dalam pelbagai aspek bagi memantapkan lagi Harimau Malaya. Beliau bakal memulakan tugasnya secara rasmi pada Januari 2025.

Sumber: X @FAM_Malaysia, MakanBola

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd