Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

20,196 Usahawan Dibimbing, RM22.4 Juta Hasil Jualan Tahun Lalu – INSKEN

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) terus mencatat kejayaan dalam pembangunan keusahawanan apabila berjaya membimbing 20,196 usahawan melalui 321 program sepanjang 2025, menjana RM22.4 juta hasil jualan serta mewujudkan 710 peluang pekerjaan baharu.

INSKEN perkukuh hubungan strategik bersama media

INSKEN menerusi satu kenyataan berkata, penganjuran sesi Media Hi-Tea menghimpunkan wakil media cetak, penyiaran dan digital dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik.

Program santai itu membuka ruang interaksi dua hala antara INSKEN dan pengamal media, serta memberi peluang kepada media untuk memahami pendekatan INSKEN sebagai pemudah cara dan penghubung antara usahawan, industri dan ekosistem sokongan keusahawanan negara.

INSKEN

Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Viviantie Sarjuni, berkata media merupakan rakan strategik penting dalam memastikan maklumat yang tepat dan berimpak sampai kepada masyarakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sesi ini turut membantu media memahami pendekatan INSKEN yang berperanan sebagai pemudah cara serta penghubung antara usahawan, industri dan ekosistem sokongan keusahawanan negara,” katanya pada Selasa.

Sesi Media Hi-Tea berkenaan diadakan di Chef Kecik Boulangerie Tuah 1895, Bukit Bintang, sebuah restoran milik alumni program INSKEN yang juga penerima Anugerah Usahawan MADANI 2025 (AUMI) bagi kategori Anugerah Harapan.

Artikel lain: Misi Perdagangan KUSKOP Ke Jepun Dijangka Jana Potensi Pelaburan, Jualan RM51 Juta

Pemilihan lokasi tersebut mencerminkan kisah kejayaan alumni yang berdaya tahan dan wajar dijadikan inspirasi kepada usahawan lain.

INSKEN

Sementara itu menurut INSKEN, bagi tahun 2026, mereka memberi fokus kepada penskalaan usahawan mikro ke perusahaan kecil yang lebih mampan, penciptaan peluang pekerjaan baharu bergaji minimum, serta pemerkasaan sektor ketiga termasuk keusahawanan sosial dan perusahaan berasaskan komuniti.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dua program baharu iaitu Bangkit dan INSKEN Masterclass turut diperkenalkan bagi memperluas impak program sedia ada,” ujar kenyataan tersebut.

Dalam masa yang sama, skop program keusahawanan yang ditawarkan merangkumi Perniagaan Keluarga, Halal, High Growth High Value (HGHV), TVET, Akses Pasaran dan Keusahawanan Sosial, memberikan peluang kepada usahawan daripada pelbagai latar belakang untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan keberdayaan perniagaan mereka.

Dengan pencapaian memberangsangkan dan strategi yang jelas, INSKEN terus menegaskan perananannya dalam memacu pembangunan keusahawanan negara secara inklusif, mampan dan berimpak tinggi.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Bisnes

Proton Holdings Bhd (PROTON) secara rasmi melancarkan model hibrid plug-in pertamanya, Proton e.MAS 7 PHEV, sekali gus menandakan langkah strategik jenama nasional itu dalam...

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Penceramah bebas yang pernah terpalit kontroversi, Ustaz Faridul Firdaus Zaulkapli dijatuhi hukuman penjara 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak pada Rabu selepas didapati...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd