Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Ramai Pengguna AS Dilapor Berpindah Ke Aplikasi China, RedNote Selepas TikTok Diharamkan

Sebagai tanda protes, pengguna media sosial Amerika Syarikat (AS) telah berpindah ke aplikasi China, Xiaohongshu atau RedNote selepas kerajaannya mengambil tindakan mengharamkan aplikasi TikTok di negara itu.

Menerusi perkongsian salah seorang pempengaruh Amerika Syarikat Jen Hamilton yang mempunyai 3.9 juta pengikut di TikTok telah mengumumkan bahawa dia akan berpindah ke aplikasi RedNote dengan sentuhan ironi.

Pengguna AS berpindah ke RedNote

@_jen_hamilton_

Find me!

♬ Chopin Nocturne No. 2 Piano Mono – moshimo sound design

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kalau ada satu kumpulan yang paling gila, itu adalah kami. Oh, kerajaan AS tak mahu orang China dapat data peribadi kami? Kami akan hantar terusk kepada mereka.
“Saya langsung tak kisah tentang data saya yang orang China dapat, langsung tak kisah!” kata Hamilton.

Katanya lagi, susulan tindakan ramai warga Amerika Syarikat yang memuat turun RedNote, aplikasi itu telah menjadi aplikasi paling trending di App Store.

Malahan, Ketua Pegawai Eksekutif RedNote turut memuat naik video mengalu-alukan kedatangan ‘pelarian TikTok’ ke aplikasi tersebut dan berharap mereka berseronok.

“RedNote seperti gabungan Instagram dan Pinterest versi Cina, tetapi boleh skrol macam di TikTok. CEO RedNote juga ada membuat video menyambut ‘pelarian TikTok’,” ujarnya.

Kedatangan pengguna Amerika Syarikat ke aplikasi itu juga disambut baik oleh warga China yang mana mereka memberikan aluan dengan menggunakan meme  yang popular di barat.

“Ada orang tanya apa pandangan orang China dengan kedatangan orang Amerika Syarikat ke aplikasi itu. Penggina China balas dengan meme ‘In the clerb, we all fam’ (in the club, we all family),” katanya sambil tertawa.

Sementara itu, terdapat sesetangah warga Amerika Syarikat yang mengambil langkah esktrim dalm protes dengan meletakkan nama pengguna sebagai nombor keselematan sosial mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Anda boleh cari saya di RedNote. Aplikasi itu sangat lucu. Saya juga nampak komen ada yang menukar nama mereka kepada nombor keselamatan sosial supaya pengintip peribadi dari China dapat kenaikan pangkat lebih cepat.
“Apa pun, saya rasa ini sangat kelakar, jadi jom sertai kami di sana!” ujarnya.

Sebelum ini, kerajaan Amerika Syarikat telah meluluskan Rang Undang-Undang pengharaman aplikasi TikTok di negara itu.

Tindakan tersebut diambil selepas kerajaan Amerika Syarikat mendakwa TikTok membenarkan Beijing mengumpul dan mengintip pengguna aplikasi itu.

Pengguna AS Berpindah Ke RedNote

Kerajaan Amerika Syarikat juga mendakwa TikTok menjadi saluran untuk menyebarkan propaganda, walaupun China dan pemilik aplikasi ByteDance menafikan sekeras-kerasnya perkara itu.

Undang-undang tersebut yang telah ditandatangani Presiden Joe Biden pada April, akan menyekat TikTok daripada App Store Amerika Syarikat dan perkhidmatan pengehosan web melainkan ByteDance menjual platform itu menjelang 19 Januari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok _jen_hamilton_

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Sosial

Demonstrasi besar-besaran di Jakarta bukan sahaja mencuri tumpuan tempatan malah turut mengundang reaksi daripada rakyat Malaysia yang tampil menyatakan solidariti dengan cara tersendiri. Indonesia...

Politik

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Hafez Sabri tampil memohon maaf dan mengakui kekhilafan berhubung hantaran di Facebook miliknya yang tular sejak semalam berkaitan cubaan...

Dunia

Seutas jam tangan mewah Richard Mille milik bekas Wakil Ketua Komisi III DPR RI, Ahmad Sahroni, yang diambil semasa pecah rumah pada Sabtu lalu,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd