Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Rain Town, Filem Kantonis Pertama Dihasilkan Oleh Pengarah Melayu

Pengarah terkenal Tunku Mona Riza Tunku Khalid kembali dengan naskah baharu, Rain Town selepas mencipta nama pada 2016 dengan filem Redha yang bertemakan autisme.

Masih mengangkat kisah kekeluargaan, Current Pictures Sdn. Bhd. tampil dengan filem Rain Town dengan keistimewaan sendiri yang dihasilkan dalam bahasa Kantonis pertama yang diarahkan oleh pengarah Melayu.

Penghasilan filem ini secara tidak langsung menobatkan beliau sebagai Pengarah Wanita Melayu Pertama mengarahkan filem Kantonis.

Tunku Mona Riza berkata, idea bagi menghasilkan filem itu bermula selepas dimaklumkan mengenai ‘Rain Betting’ atau bertaruh meneka waktu hujan yang pernah berlaku di Taiping dahulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ketika itu saya sangat tertarik dengan kisah ‘Rain Betting’ kerana ia satu cerita yang unik, namun tidak bermaksud saya mahu hasilkan sebuah cerita tentang pertaruhan.

“Sebaliknya saya wujudkan satu karakter bernama Choo yang suka bertaruh serta seorang yang suka mengaturkan kehidupan anak-anak yang sudah meningkat dewasa sehingga menimbulkan konflik dalam keluarga mereka,” katanya.

Artikel lain: Studio Kembara Kembali Dengan Filem Baharu, Pendekar Awang: Darah Indera Gajah

Beliau menjelaskan, tajuk Rain Town telah dipilih memandangkan lokasi penggambaran dilakukan di Taiping, kawasan yang menerima taburan hujan paling banyak di Malaysia.

Rain Town, filem Kantonis pertama dihasilkan oleh pengarah Melayu

“Pada saya cabaran yang dihadapi bukanlah sekadar dari sudut pembikinan sahaja, tetapi penerimaan penonton terhadap naskhah ini.
“Biarpun ia filem berbahasa Kantonis, cabaran sebenar adalah untuk menarik penonton bukan sahaja dari kaum Cina malah kaum-kaum lain juga.
“Secara peribadi, saya meletakkan harapan agar Rain Town dijadikan inspirasi kepada pengarah-pengarah lain cuba menghasilkan naskhah yang berbeza dari sudur bahasa dan budaya mereka,” ujarnya.

Filem Rain Town dibintangi oleh pelakon hebat tanah air seperti Chew Kim Wah dan Susan Lankester serta barisan pelakon lain antaranya Fabian Foo, Wilson Lee dan Pauline Tan.

Sementara itu, filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 8 Februari 2024 sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita Rusia berkongsikan mengenai ‘duit hantaran’ yang biasa ditetapkan oleh keluarga wanita kepada bakal pengantin lelaki melalui satu video yang menjadi sorotan di...

Lokal

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) hari ini menegaskan kesetiaan pekerja tidak boleh dibeli dengan wang, sebaliknya mampu jika seimbang dengan kesejahteraan mental. CEO...

Sukan

Kelab pasukan bola sepak, Selangor FC sedang meneliti dan mengkaji semua tindakan selanjutnya yang akan diambil ekoran daripada denda RM100,000 serta potongan tiga mata...

Dunia

Siri animasi popular, Mechamato sekali lagi menjadi bualan ramai selepas iklan siri tersebut terpampang di papan iklan di Tokyo, baru-baru ini. Menerusi satu perkongsian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd