Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sokong Pencegahan HIV Di Malaysia, MAC Dan MAF Lancar ProtectNow Hub

Bersempena dengan Majlis Rumah Terbuka Komuniti, Majlis AIDS Malaysia (MAC) dan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) telah melancarkan ProtectNow Hub, sebuah platform perkhidmatan digital pencegahan HIV yang pertama di Malaysia.

Setiausaha Kehormat MAC dan MAF, Dr Zaiton Yahaya berkata platform ini merupakan pendekatan baharu yang berorientasikan belia, diterajui komuniti dan dipacu inovasi digital.

MAC bersama MAF lancar ProtectNow Hub, bantu cegah HIV

ProtectNow Hub

“Kita berhadapan dengan perubahan besar dalam jangkitan HIV, dengan peningkatan kes baharu dalam kalangan golongan muda dan komuniti sasaran.
“ProtectNow adalah pendekatan baharu yang berpaksikan masa depan yang berorientasikan belia, diterajui komuniti dan dipacu oleh inovasi digital,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Komuniti anjuran bersama MAC dan MAF di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Majlis tersebut telah dihadiri lebih daripada 300 tetamu termasuk Orang Yang Hidup Dengan HIV, aktivis komuniti, pengamal kesihatan dan rakan strategik yang sekian lama menyokong misi untuk mengakhiri AIDS di Malaysia.

ProtectNow Hub dibangunkan hasil kerjasama rapat antara pakar kesihatan awam, organisasi komuniti dan golongan belia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejak mula diperkenalkan, platform ini telah menerima lebih daripada 74,000 kunjungan yang memerlukan perkhidmatan kesihatan yang mudah diakses, selamat dan berorientasikan komuniti.

Platform ini memberi akses segara kepada pelbagai perkhidmatan penting seperti PrEP (Profilaksis Pra-Pendedahan), ujian kendiri HIV serta sokongan kesihatan mental dan pemulihan ketagihan khusunya berkaitan chemsex.

Dengan pendekatan digital yang inklusif, ProtectNow Hub menyasarkan untuk memberdayakan individu agar dapat membuat keputusan yang tepat mengenai kesihatan diri dan bebas daripada stigma serta maklumat salah.

Artikel lain: Kemalangan Di Lebuhraya Karak, 2 Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Dicari Polis

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara ciri utama ProtectNow Hub termasuk maklumat terkini mengenai PrEp, ujian kendiri HUV dan U=U (Tidak Dapat Dikesan = Tidak Dapat Menularkan), penjejak perkhidmatan kebangsaan untuk menghubungkan pengguna dengan klinik dan rakan komuniti dan penilaian kesihatan mental dan sumber maklumat atas talian mengikut konteks tempatan.

Selain itu, platform ini juga menyediakan sokongan untuk isu ketagihan stimulan, termasuk rujukan ke perkhidmatan pemulihan lain, tempahan janji temu dan senarai soalan FAQ, kempen interaktif yang memupuk kesedaran dan membuka ruang perbualan kesihatan seksual dan akses kepada rawatan, penjagaan dan sokongan bagi orang yang hidup dengan HIV.

Platform ini dibangunkan dengan semangat keterangkuman dengan memperakui bahawa anggota komuniti berisiko tinggi sering berdepan pelbagai stigma yang menjadi penghalang untuk mendapatkan akses kepada pencegahan dan rawatan HIV.

Pelancaran ProtectNow juga selari dengan komitmen Malaysia untuk menamatkan AIDS menjelang tahun 2030, sejajar dengan Pelan Strategik Kebangsaan dan sasaran global UNAIDS.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Melalui pendekatan digital, MAC dan MAF berusaha untuk mendekatkan perkhidmatan pencegahan HIV kepada golongan yang sering terpinggir daripada sistem penjagaan kesihatan konvensional.

Platform ini juga menyokong usaha untuk mengurangkan jurang kesihatan digital terutamanya di kawasan luar bandar dan komuniti yang kurang mendapat akses kepada maklumat serta perkhidmatan kesihatan.

Ia memperkukuh komitmen MAC dan MAF untuk menjalin kerjasama kukuh bersama penyedia kesihatan tempatan, organisasi berasaskan komuniti dan rangkaian belia kerana hanya dengan kolaborasi, kita dapat mencapai tindak balas HIV yang lebih adil dan menyeluruh.

Sama ada anda belia yang mencari maklumat sulit, ibu bapa yang ingin tahu atau penggubal dasar yang komited terhadap kesaksamaan kesihatan, platform ini adalah untuk anda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk maklumat lanjut, lawati ProtectNow Hub di https://linktr.ee/protectnow.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga pempengaruh media sosial memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai selepas dikecam berhubung video tular yang memaparkan mereka memberikan sisa tulang ayam kepada...

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya remaja berusia 13 tahun itu dimasukkan ke dalam mesin...

Lokal

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa menjelaskan insiden Jalur Gemilang dipasang terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson berlaku tanpa sengaja...

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan rakaman audio berdurasi 44 saat yang tular memaparkan perbualan antara pelajar itu dan ibunya berkaitan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd