Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula di Threads, Syed memberitahu perubahan itu membuatkan dia dan isteri, Fatin Syazwani Ishak berasa lebih selesa kerana tidak memerlukan masa yang terlalu lama untuk bersiap.
Tak perlu bersiap, baju pelik-pelik
“Masa zaman dulu kalau buat konten-konten yang meletop memang penat. Sejujurnya kami sangat tak seronok, sebab perlu bersiap kena makeup dan pakai baju yang elok-elok yang pelik-pelik.
“Macam sekarang ni lega Ya Allah, seharian tak perlu pakai makeup pakai t-shirt macam ni sahaja, memang seronok,” ucap Syed.
Dalam pada itu, mereka suami isteri dilihat bersama-sama di dapur memasak sambil melakukan sesi siaran langsung di TikTok.
Meninjau ke ruangan komen, warganet terus mengecam usahawan itu dan menyatakan keputusan untuk tampil berlebihan adalah kehendak sendiri dan bukannya atas paksaan netizen.
Tak ada yang suruh
Ni ke dapur jutawan?
Bagus kalau jadi normal
Artikel lain: Kekayaan Hanya Palsu? Adik Ipar Dedah Prince Syed Tayang Emas, Beg Tangan Tiruan
Terdahulu, Syed berdepan detik cemas apabila menunjukkan aksi aneh sehingga menjilat lantai dalam satu siaran langsung di aplikasi TikTok, baru-baru ini.
Syed menjelaskan insiden itu berlaku ketika dia bersama tiga ahli keluarganya melalui satu keadaan ‘tidak menyenangkan’ yang berlarutan agak lama, sehingga mereka langsung tidak dapat menghubungi sesiapa untuk meminta pertolongan.
Jelas usahawan berusia 33 tahun itu, dia hanya benar-benar kembali sedar ketika sudah berada dalam kereta bersama abang sulungnya.
Menurutnya, keluarga sempat merakam keadaan sebenar sewaktu mereka datang menyelamatkan, dan rakaman itu sendiri membuatkan Syed berasa takut apabila ditonton semula.
Sumber: Threads cupcake.shra







































