Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih Lebih Tinggi RM209.26 Juta

Pos Malaysia Bhd merekodkan kerugian bersih berjumlah RM209.26 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, meningkat berbanding kerugian bersih RM202.67 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2024.

Pos Malaysia catat kerugian

Pos Malaysia catat kerugian

Memetik laporan Berita Harian, dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan negara itu memaklumkan kerugian sebelum cukai bagi segmen pos menunjukkan penambahbaikan susulan pertambahan jumlah bungkusan serta pengurangan kos operasi. Pada masa sama, segmen penerbangan mencatatkan peningkatan keuntungan walaupun berdepan lonjakan kos operasi.

Bagaimanapun, segmen logistik mencatatkan kerugian bersih akibat penyusutan hasil, sementara kos operasi kekal tinggi terutamanya disebabkan kerja penyelenggaraan berjadual serta pembaikan dan penyelenggaraan utama kapal ketika berada di dok kering.

Segmen lain turut mengalami penyusutan keuntungan berikutan kerugian lebih besar daripada kedai perniagaan runcit yang terkesan oleh peningkatan kos operasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dari segi perolehan, pendapatan kumpulan merosot kepada RM1.84 bilion berbanding RM1.85 bilion sebelumnya. Penurunan itu berlaku walaupun segmen pos mencatatkan pertumbuhan, disokong peningkatan sumbangan perniagaan kurier dan runcit. Segmen penerbangan pula merekodkan pendapatan kargo dan katering yang lebih kukuh, didorong oleh peningkatan jumlah makanan.

Hasil segmen logistik menyusut berikutan kemerosotan aktiviti marin akibat tempoh masa henti kapal yang lebih panjang di dok kering. Selain itu, jumlah dalam pengurusan kargo, logistik automotif serta pengangkutan laut kenderaan turut berkurang susulan persaingan yang semakin sengit dan kekangan kapasiti.

Sementara itu, segmen lain mencatatkan pertumbuhan hasil, terutamanya daripada jualan sijil digital serta perniagaan percetakan dan sisipan, didorong peningkatan volum jualan daripada pelanggan utama.

Bagi suku keempat tahun kewangan 2025, kumpulan mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM77.09 juta, sedikit rendah berbanding kerugian bersih RM77.16 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya. Hasil suku berkenaan bagaimanapun meningkat kepada RM467.81 juta daripada RM458.63 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Charles Brewer, berkata prestasi tahun kewangan 2025 mencerminkan ketahanan operasi teras syarikat serta hasil berterusan pelaksanaan inisiatif transformasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami melihat momentum positif dalam jumlah bungkusan, peningkatan dalam kecekapan operasi dan kemajuan mantap dalam memodenkan rangkaian kami di seluruh negara.
“Fokus kami adalah untuk menyampaikan kecemerlangan perkhidmatan yang konsisten, meningkatkan pengalaman pelanggan dan membina Pos Malaysia yang lebih mampan, sedia masa depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas berkenaan prospek, syarikat itu memaklumkan ia akan terus menyesuaikan strategi bagi menangani cabaran struktur termasuk penurunan jumlah mel dan jualan runcit serta isu berkaitan kawal selia.

Segmen penerbangan dijangka terus meraih manfaat daripada pertumbuhan penumpang dan peluasan keupayaan kejuruteraan, manakala Pos Logistics akan meneruskan pelan pemulihan dengan memberi tumpuan kepada peningkatan bahagian pasaran serta pengoptimuman aset.

Artikel lain: Pos Malaysia Lancar Pos Shop Kedua Di Brickfields

“Kumpulan terus berunding rapat dengan kerajaan, pengawal selia, dan penggubal dasar bagi menghasilkan Akta Perkhidmatan Pos yang relevan pada masa hadapan serta pendekatan yang mampan dalam memenuhi Kewajipan Perkhidmatan Sejagat (USO).
“Walaupun keadaan pasaran kekal mencabar, kumpulan itu tetap optimistik dengan berhati-hati bahawa usaha transformasinya akan memacu peningkatan yang mantap pada tahun kewangan 2026,” katanya lagi.

Sumber: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd