Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kemalangan Dua Kenderaan, Polis Wanita Maut Ketika Dalam Perjalanan Ke Tempat Bertugas

Seorang anggota polis wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 28, Jalan Gelang Patah-Pendas, ketika dalam perjalanan ke tempat bertugas, pada pagi Selasa.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kejadian berlaku sekitar jam 7.15 pagi apabila mangsa, Koperal Fairuzfadila Musa, 37, memandu Proton Saga dari arah Gelang Patah menuju Skudai untuk bertugas di Balai Polis Taman Universiti.

polis

Foto: FB Polis Johor

“Sebaik tiba di lokasi, sebuah Proton Waja dari arah bertentangan dipercayai membelok ke simpang kiri secara tiba-tiba dan melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh kenderaan mangsa.
“Kedua-dua pemandu mengalami kecederaan parah dan segera dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan,” katanya.

Artikel lain: Dua Maut, Bas Bawa 45 Penumpang Terbabit Kemalangan Dengan Dua Lori

Bagaimanapun, Koperal Fairuzfadila disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat kecederaan serius di kepala dan badan. Sementara itu, pemandu Proton Waja, seorang wanita berusia 41 tahun, masih tidak sedarkan diri dan dirawat di hospital sama.

polis

Foto: Malaysia Gazette

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu dan berbahaya.

Sementara it, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) KUP Nurmala Sideli berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.33 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
polis

Foto: Sinar Harian

“Kedua-dua mangsa tersepit di dalam kenderaan masing-masing. Pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas penyelamatan kemalangan jalan raya (Road Traffic Accident – RTA) untuk mengeluarkan mangsa,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd