Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Sahkan Empat Maut Selepas Hadiri Konsert Malam Ambang Tahun Baharu

Empat individu, iaitu dua wanita dan dua lelaki tempatan dilaporkan maut selepas hadiri sebuah konsert di Bandar Sunway, Subang Jaya pada malam Rabu.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan memaklumkan pihaknya telah menerima empat laporan polis daripada Pihak Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) berhubung kematian itu.

Polis sahkan empat maut selepas hadiri Konsert Pinkfish

Empat Maut Selepas Hadiri Konsert

Foto: Berita Harian

“Hasil siasatan pihak polis mendapat keempat-empat mangsa telah menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Disember 2024,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang kecederaan luaran yang dikesan pada tubuh mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tiga Kakitangan Puspakom Disiasat, Kes Lepaskan Kenderaan Tidak Selamat

Jelas beliau, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau keracunan.

Empat Maut Selepas Hadiri Konsert

Foto: mStar

“Post mortem dijalankan pada 1 Januari 2025 dan punca kematian masih ‘pending laboratory investigation’. Pemeriksaan ke atas semua mangsa yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun ini didapati tiada sebarang kecederaan luaran yang dikesan,” ujarnya.

Susulan itu, pihak polis memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk menghubungi pegawai penyiasat SJN Mohd Ridzal Puat di talian 03-56382122.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, orang ramai yang mempunyai maklumat juga boleh menghubungi pusat kawalan daerah di talian 03-78627222 untuk menyalurkan maklumat.

Sumber: Facebook Polis Selangor

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah dalam daerah ini ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan serta penyebaran bahan lucah...

Sosial

Akibat kesempitan hidup, seorang bapa tunggal terpaksa membuat keputusan berat apabila menyerahkan tiga anaknya yang masih kecil ke rumah kebajikan di Perak. Bapa terpaksa...

Sosial

Seorang bapa hanya mampu menahan sebak apabila anak lelakinya yang berusia 14 tahun kini ditahan polis selepas disyaki menikam hingga mati seorang pelajar perempuan...

Lokal

Seorang wanita berusia 51 tahun cedera selepas terperangkap dalam runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang susulan ribut kuat yang melanda daerah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd