Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Anggota Polis Disyaki Terima Rasuah RM5,000 Balasan Tak Ambil Tindakan Kes Judi & Narkotik

Polis Disyaki Terima Rasuah

Dua anggota polis disyaki terima rasuah dan kini direman selama tujuh hari sehingga 11 Mei ini bagi membantu siasatan melibatkan wang kira-kira RM5,000, dipercayai sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan berkaitan perjudian dan dadah.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki itu ditahan antara jam 12.30 tengah hari hingga 2 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Terengganu.

“Siasatan awal mendapati suspek pertama berusia lingkungan 50-an dipercayai meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 daripada seorang individu sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan perjudian dan narkotik.
“Kesalahan itu dipercayai dilakukan sekitar Ogos 2024,” katanya.

Artikel lain: Kes Rasuah, Ubah Wang Haram: Saya Akan Beri Kerjasama Penuh – Ismail Sabri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dua Anggota Polis Disyaki Terima Rasuah

Suspek kedua, yang berusia 40-an pula, disyaki melakukan perbuatan sama antara Disember 2022 hingga Mei 2023 membabitkan jumlah kira-kira RM2,000.

“Suapan itu dipercayai diterima secara tunai dan juga melalui transaksi pindahan wang ke akaun bank peribadi masing-masing,” katanya lagi.

Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd