Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Buru Lelaki Berhelmet Pakai ‘Boxer’ Ceroboh Rumah, Curi Baju Dalam

Seorang lelaki berhelmet memakai ‘boxer’ yang dirakam menceroboh rumah di perumahan Taman Gembira, Banting, Selangor, kantoi curi kasut dan baju dalam.

Kejadian itu tular di media sosial menerusi rakaman video berdurasi 55 saat dengan suspek berseluar pendek memanjat tembok rumah tersebut sebelum melakukan jenayahnya, lapor Kosmo! Online.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor, pihaknya sedang giat mengesan suspek yang dipercayai mencuri pakaian dalam di rumah terbabit. Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 2.50 pagi pada Selasa.

Ahmad Ridhwan berkata, satu laporan polis telah diterima pihaknya pada jam 8.37 malam, hari yang sama daripada penghuni rumah terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengadu yang merupakan wanita berusia 32 tahun itu menyatakan individu berkenaan telah curi sepasang kasut jenama Puma dan sehelai baju dalam milik ibunya telah diambil oleh lelaki bertopi kelendar berkenaan.

“Usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan.
“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

curi baju dalam

Artikel lain: Dakwa Pekerja Hotel Curi, Cincin Usahawan Malaysia RM3.7 Juta Ditemui Dalam ‘Vacuum’

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.

Sumber: Kosmo! Online (Iskandar Shah Mohamed)
Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd