Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PLKN 3.0: Tiada Elaun Harian, Kerajaan Hanya Tanggung Kos Perjalanan

Kementerian Pertahanan nafi laporan berhubung pemberian elaun harian sebanyak RM18 sehari kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya kerajaan hanya menyediakan elaun perjalanan pergi dan balik bagi peserta PLKN 3.0.

Tiada elaun harian PLKN, hanya elaun perjalanan peserta

Katanya, secara purata kerajaan akan membelanjakan RM64 sehari untuk setiap seorang peserta yang mana perbelanjaan ini khusus untuk makan, minum, penginapan dan segala keperluan mereka.

“Saya ingin maklumkan, kerajaan akan membelanjakan secara purata seorang peserta RM64 sehari untuk makan, minum, penginapan dan segala keperluan mereka. Kerajaan juga bersetuju untuk menampung kos pengangkutan perjalanan pergi dan balik sahaja.
“Semalam ada laporan mengatakan ada elaun harian. Perkara itu tidak betul. Saya ditanya jika kerajaan mahu menambah elaun dan saya jawab kekal.
“Kekal maknanya elaun perjalanan sahaja dengan jumlah yang memang telah diputuskan. Manakala elaun setiap hari pula, yang itu memang kerajaan tidak ada perbincangan, tidak ada persetujuan,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen pada Isnin.

Artikel lain: Juara Piala Dunia eFootball, PM Ucap Tahniah Buat Skuad FAM eRimau Dan Ahmad Muhaimin

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam, Kementerian Pertahanan dilaporkan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula pada 12 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025.

Susulan itu, Kementerian Pertahanan telah mengadakan sidang media ini bagi menafikan dan menjelaskan perbincangan yang telah dipersetujui oleh kerajaan.

Foto: Kosmo!

Dalam pada itu, Mohamed Khaled turut memaklumkan PLKN 3.0 siri pertama ini hanya akan melibatkan seramai 200 orang peserta iaitu 148 lelaki dan 52 perempuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebanyak 564 permohonan telah diterima secara sukarela, tetapi tempat ini dihadkan untuk 200 peserta, 148 lelaki, 52 perempuan.
“Untuk program latihan percubaan ini kita akan libatkan lelaki dan perempuan tetapi untuk seterusnya, kita akan asingkan lelaki dan perempuan.
“Maknanya, bagi siri-siri seterusnya di kem-kem wataniah, kita akan pecahkan dan tidak akan campurkan lelaki dan perempuan,” jelasnya.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Sosial

“Terlalu cepat kau tinggalkan aku dan anak-anak… dalam bulan kelahiranku kau pergi.” Itu antara luahan penuh emosi seorang isteri, Sulizah John susulan pemergian suaminya...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Sukan

Tang Jie- Ee Wei akui kesilapan sendiri punca mereka tersungkur di tangan pihak lawan. Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd