Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Penumpang Malaysia Menangis, Kongsi Detik Pesawat Hampir Tergelincir Di Jakarta

Seorang wanita warga Malaysia masih trauma selepas melalui detik mencemaskan apabila pesawat Batik Air yang dinaikinya hampir tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (Soetta), Jakarta, Sabtu lalu.

Pesawat dinaiki hampir tergelincir

Menerusi hantaran di TikTok oleh @Keynaaa_azami, wanita tersebut yang dalam perjalanan atas urusan kerja dari KLIA ke Jakarta telah berkongsi bahawa kejadian berkenaan menjadi pengalaman paling menakutkan dalam hidupnya.

“Dari atas memang dah takut. Allah masih bagi saya peluang untuk hidup, mungkin untuk saya perbaiki diri saya lagi.” tulisnya di ruangan kapsyen.

Hampir Tergelincir

Pesawat hampir tergelincir disebabkan udara buruk

Menurutnya, itu kali pertama dia menaiki pesawat Batik Air jenis Boeing 737 dan keadaan bertambah panik apabila pesawat mula bergoncang kuat akibat pergolakan udara sewaktu mahu mendarat.

“Kita bersedia untuk ketibaan,” katanya mengimbas kata-kata juruterbang sebelum insiden.
“Pada masa itu lah pergolakan udara yang buruk berlaku sehinggakan kami para penumpang berpegangan tangan. Saya fikir saya akan mati. Saya trauma, sebab fikir anak saya yang masih kecil,” ujarnya sambol menangis.

Tindakan cekpa juruterbang berjaya kawal keadaan

Dalam video lebih daripada tiga minit tersbeut, Keyna menyatakan bahawa pesawat berkenaan dilaporkan mendarat dalam keadaan tidak stabil akibat cuaca buruk, sehingga sayap dan enjin kanan hampir menyentuh permukaan landasan.

Walau bagaimanapun, tindakan cekap juruterbang berjaya mengawal keadaan dan pesawat selamat mendarat tanpa kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Semua Selamat! Alami Masalah Gear Pendaratan Punca Pesawat TUDM Tergelincir

Difahamkan, cuaca ekstrem juga menyebabkan beberapa penerbangan lain terpaksa menunggu dan berlegar di ruang udara sebelum dibenarkan mendarat.

Bagi Influencer itu, detik cemas tersebut akan kekal sebagai kenangan pahit yang sukar dilupakan.

Sumber: TikTok @Keynaaa_azami

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd