Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pertama Di Dunia, Pakar Ortopedik Tempatan Cipta Kaki Palsu Mesra Solat

Seorang Profesor dan Pakar Perunding Kanan Ortopedik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Yazid Bajuri, mencipta sejarah apabila menghasilkan kaki palsu mesra Muslim pertama di dunia.

Alat inovatif itu membolehkan pesakit hilang kaki kembali sujud dalam solat dan menjalani kehidupan lebih bermakna, sekaligus mengembalikan keyakinan diri mereka.

Inovasi itu mendapat pengiktirafan dunia apabila analisis paten oleh Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) mengesahkan ia satu-satunya kaki palsu mesra Muslim dengan ciri dinamik seumpamanya di dunia.

Beliau berkata idea itu lahir daripada pengalaman merawat pesakit yang menjalani amputasi, khususnya akibat diabetes.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apabila kita melakukan amputasi, kita lihat pesakit berdepan kesukaran. Kaki palsu di pasaran pula berat, lambat diperoleh dan tidak memenuhi keperluan mereka,” katanya.

Menurutnya, situasi itu mendorong beliau mencipta kaki palsu yang lebih ringan, cepat dihasilkan dan mampu mengembalikan keyakinan pesakit untuk hidup seperti biasa.

Inovasi itu bermula seawal 2018 bersama rakan penyelidiknya, masing-masing mengeluarkan modal sendiri kira-kira RM15,000 hingga RM20,000 untuk membangunkan prototaip awal.

Kaki palsu itu kemudian melalui pelbagai peringkat tahap kesiapsiagaan teknologi (TRL) sebelum mencapai tahap tertinggi dan bersedia untuk dikomersialkan bermula 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sepanjang tempoh percubaan sejak 2021, kira-kira 40 pesakit telah menerima manfaat inovasi itu di beberapa hospital termasuk Hospital UKM, Hospital Melaka, Hospital Sultan Ismail serta hospital di Pantai Timur.

Keunikan utama ciptaan ini adalah keupayaan sendi dinamik pada bahagian buku lali yang membolehkan pesakit duduk, sujud dan bangun seperti normal.

“Inilah yang membezakan produk kami. Pesakit boleh solat seperti biasa, duduk antara dua sujud tanpa perlu menanggalkan kaki palsu,” jelasnya.
@prof.yazid

Inilah hasil research Prof Yazid bersama pasukannya iaitu kaki palsu mesra solat pertama di dunia! Ini merupakan satu inovasi penting dalam dunia perubatan yang memberikan manfaat besar kepada pesakit kencing manis dan diabetes di seluruh dunia. Mudah nak solat insyaallah. #kkm #kementeriankesihatanmalaysia #doktor #doktortiktok #profyazid #prosthesis #kakipalsu #orthosis #kencingmanis #diabetes

♬ original sound – Prof Yazid – Prof Yazid

Advertisement. Scroll to continue reading.

Versi terkini juga dilengkapi ciri kalis air, membolehkan pengguna mengambil wuduk tanpa menanggalkan prostesis, selain lebih ringan iaitu sekitar 2.3 hingga 2.5 kilogram berbanding prostesis konvensional yang melebihi 3 kilogram.

Momen paling menyentuh hati Prof Dr Mohd Yazid ialah apabila seorang pesakit menangis selepas berjaya sujud buat pertama kali sejak kehilangan kaki.

“Dia kata nak cuba sujud. Bila dia berjaya, dia menangis. Masa itu saya sendiri rasa sangat tersentuh,” katanya.

Artikel lain: Malaysia Cipta Sejarah! Hospital Pakar Patuh Syariah Pertama Bercirikan Wakaf Bakal Dibina

Tegas beliau, inovasi berkenaan bukan sekadar produk perubatan, sebaliknya satu sumbangan sosial untuk membantu pesakit kembali menjalani kehidupan lebih baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Produk itu kini mula dikomersialkan dan dijangka diperluaskan ke peringkat antarabangsa termasuk Indonesia.

“Bukan soal keuntungan. Saya lebih gembira apabila lebih ramai dapat menggunakan inovasi ini dan kehidupan mereka berubah,”ujar beliau.

Sumber: FB Kementerian Pendidikan Tinggi, Harian Metro (Hafiz Ithnin)

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd